Setelah mendenngar berita keberanian yang ditunjukkan Najib untuk hadir ke mahkamah tinggi telah memberi satu kejutan kepada dunia kehakiman negara. Apa yang tergambar dalam fikiran ialah wajah Zahrain dan Zulkulum akan hadir tapi bukan. Batang tubuh sekelamin itu yang hadir. Malangnya kehadiran itu bukan untuk memenuhi undangan selaku menjawab beberapa soalan daripada pasukan pembelaan Anwar tapi hanya datang untuk menyatakan bahawa mereka berdua tidak mahu menjadi saksi dalam kes liwat yang dihadapi Anwar Ibrahim. Sekali lagi Najib menipu rakyat dan dunia kehakiman.
Sebelum ini Najib mengatakan bahawa mereka sekelamin sanggup datang jika disapina. Tapi nampaknya itu semua hanyalah sandiwara semata-mata. Kehadirannya hanyalah untuk menipu rakyat sahaja, Najib sedikitpun tidak mahu menjawab soalan yang dikemukakan oleh peguan Anwar? Apa motifnya Najib datang? Adakah sekadar mengelakkan diri dari digelar 'penakut'. Atau mungkin kes ini juga terlalu menghantui Najib dan Rosmah sehingga terasa begitu perlu untuk hadir sendiri ke mahkamah bagi mengurangkan sedikit tekanan dan desakan rasa bersalahnya.
Rupanya pasangan ini datang hanya untuk membuktikan bahawa dia adalah tidak terlibat dalam soal ini. Maka sebab itu Najib dan Rosmah tidak mahu menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya.
Menurut laporan oleh Malaysiakini...baca di bawah...
PM dan isteri tak mahu jadi saksi pembela
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang yang juga defendan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.
Ini didedahkan oleh peguam utama Anwar - Karpal Singh - dan juga peguam Sankara Nair.
Karpal dan Sankara, serta peguam kanan Datuk Param Cumaraswamy dan Ram Karpal, berada di dalam bilik yang sama apabila saksi-saksi dibawa masuk, seorang demi seorang.
Karpal berkata, apabila peguambela tiba di kompleks mahkamah, Najib dan Rosmah sudahpun berada di situ.
"Najib masuk dahulu dan apabila kita tanya, beliau kata tak mahu jadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual," kata Karpal.
Kemudian tiba giliran Rosmah dan beliau memberitahu perkara yang sama, dan diikuti pula oleh bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.
Ketiga-tiga mereka (Najib, Rosmah dan Rodwan) berada di dalam bilik dan mereka tidak ditemani peguam.
Najib dan Rosmah tiba kira-kira jam 2.55 petang dan beredar kira-kira jam 3.28 petang.
Pembantu mereka menunggu di luar semasa mereka menghadiri temubual ringkas itu.
Karpal berkata mereka terkejut kerana tiada tanda-tanda yang Najib dan Rosmah akan datang hari ini.
"Biasanya, mereka akan memberi notis terlebih dahulu," kata peguam kanan itu.
Karpal menyifatkan Rosmah dalam keadaan 'teramat tegang' ketika diajukan soalan dan pada satu ketika, beliau (Rosmah) berkata, "jangan buli saya, Encik Karpal".
Kata Karpal, beliau tidak tahu mengapa Najib dan Rosmah takut untuk datang ke mahkamah, ketika mengulas keengganan mereka untuk menjawab soalan.
Laporan Malaysianinsider
Najib, Rosmah muncul di mahkamah tapi enggan ditemu bual peguam Anwar
KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor hadir di kompleks mahkamah Jalan Duta di sini petang ini, tetapi tidak mahu ditemu bual oleh pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Karpal Singh.
Seorang peguam Anwar, Sankara Nair berkata tidak disangka-sangka beliau dimaklumkan pada pukul 2.25 petang bahawa Najib dan Rosmah (gambar) sudah pun menunggu peguam-peguam Ketua Pembangkang.
“Mereka mula dengan berkata mereka tidak mahu ditemu bual,” kata Karpal selepas menemu bual tiga saksi hari ini.
“Sesuatu mengejutkan sebab mereka sepatutnya sukarela khususnya Datin Seri Rosmah,” kata beliau sambil menambah, pasangan itu tidak memberikan sebarang alasan.
Laporan media sebelum ini menyebut, Najib dan Rosmah dilaporkan tiba di kompleks mahkamah pada pukul 2.55 petang dan keluar kira-kira setengah jam kemudian.
Ketika itu, selain Karpal turut berada di mahkamah ialah S.N. Nair dan Datuk Param Cumaraswamy.
Rabu lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir semasa temu bual 15 saksi, termasuk Najib dan Rosmah.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa tertuduh mempunyai hak untuk hadir semasa temu bual berkenaan.
Kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan memohon perintah hakim perbicaraan selepas dua saksi iaitu bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof membantah kehadiran Anwar semasa temu bual itu Selasa lalu.
Isnin lepas, Zabidin membenarkan permohonan Anwar untuk menemu bual 15 saksi termasuk Najib, Rosmah, Musa, Rodwan dan 11 orang lagi.
Hakim itu turut menetapkan 15 hingga 26 Ogos bagi kes pembelaan.
Di akhir kes mereka, pendakwaan menawarkan 71 saksi, termasuk Najib dan Rosmah. Pihak pembelaan memilih untuk menemu bual hanya 25 orang dan setakat ini, hanya lima orang yang telah pun ditemu bual setakat Isnin lalu.
Mereka ialah bekas ratu pecut negara, Datuk Mumtaz Jaafar, Dr Mohd Osman Abd Hamid, yang sebelum ini bertugas di Pusrawi, adik perempuan bongsu Mohd Saiful Bukhari Azlan iaitu Saidaiti Azlan, seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang hanya dikenali sebagai Dr Daniel, dan Khairil Anaz Yusof, pembantu khas Najib ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Pada 16 Mei lalu, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa bekas pembantnya Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes itu, adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.
Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, atas tuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.
“Untuk mengatakan bahawa saya tidak mahu datang, saya merasakan ia salah, tidak betul. Saya tidak tahu mengapa kedua-dua mereka sangat takut untuk datang ke mahkamah,” kata Karpal.
Kata beliau, kedua-dua mereka juga enggan datang ke mahkamah sebagai saksi pembela kelak.
Karpal berkata Rodhwan datang ke kompleks mahkamah tetapi enggan ditemu bual.
Katanya, pasukan pembela akan menemu bual Hasanuddin Abdul Hamid, yang merupakan pemilik kondominium di mana Saiful mendakwa dia diliwat dan juga isteri Hasanuddin dan iparnya.
Karpal berkata kes Anwar tidak akan disambung Isnin ini kerana perlu menemu bual Musa, dua bekas pembantu rumah Hasanuddin dan tiga saksi lain.
Anwar pula berkata Najib dan Rosmah “sangat sopan santun dan baik” hari ini.
Bagaimanapun katanya, “saya (sebenarnya) mengharapkan mereka akan beri lebih kerjasama.”

0 comments:
Catat Ulasan