Rabu, 3 Ogos 2011

Kini Najib hanya diminta untuk memberi keterangan di mahkamah.

Konspirasi Ke-2 : Keputusan Temubual 15 Saksi Diketahui 8 Ogos
Beranikah Najib dan Rosmah ke Mahkamah? Akan banyak lagilah spekulasi pelaburan yang merudum dan berbagai lagi alasan yang bakal menanti Anwar Ibrahim, Najib sebelum ini mendakwa: Jika diminta untuk diberikan DNA dia akan sanggup berikan untuk membuktikan kebenaran.

Kini Najib hanya diminta untuk memberi keterangan di mahkamah.
Apakah Najib dan Rosmah akan hadir? Persoalan ini sebenarnya sudah terjawab, Najib hanya berani berkokok kerana itu bukan terkena pada dia, Najib sanggup memberikan DNA sebab itu bukan kes dia.

Kini Najib hanya diminta untuk memberi keterangan di mahkamah.
Najib tidak mungkin hadir kerana kehadirannya akan menyebabkan banyak perkara yang akan berlaku. Segala rahsianya terlondeh, alangkah malunya dia untuk menjawab soalan Karpal Singh yang telah lama menunggu saat ini.

Kini Najib hanya diminta untuk memberi keterangan di mahkamah.
Najib gentar berhadapan dengan Karpal dan barisan peguam bela Anwar yang telah lama cuba melucutkan pakaian Najib. Najib malu. Isu Altantuya pasti berbangkit lagi.

Kini Najib hanya diminta untuk memberi keterangan di mahkamah.
Aduh! Najib Bungkam, soalan senang saja yang Karpal Singh tanya iaitu :"...siapa nama isteri anda yang berada di samping anda ketika Saiful Bukhari menemui anda?"

Najib jawab: "Altantuya". Satu mahkamah gelak pada Najib, tapi Najib masih tak perasan jawapannya...Aduiihh kantoi lagi Najib....

Sebab itu Najib tidak mahu hadir ke mahkamah.

Kini Najib hanya diminta untuk memberi keterangan di mahkamah.
Dulu Najib berani menuduh Anwar dengan mengatakan Anwar pengecut, pengkhianat dan berbagai tohmahan buruk, tapi kini Rosmah yang mempunyai banyak masalah berkaitan perbelanjaan dan kemewahan hidup sehingga digelar 'Imelda Malaysia' juga menjadi satu ancaman besar jika Najib hadir ke mahkamah.

Kini Najib hanya diminta untuk memberi keterangan di mahkamah.
Tapi Najib mula gelabah melangkah masuk ke mahkamah dengan diiringi oleh pengawal peribadi dan polis serta pengikutnya. Najib kini 'pucat', masih berkerusi rodakah atau masih bertongkatkah Najib lantaran membedah lututnya tempoh hari?

Kini Najib hanya diminta untuk memberi keterangan di mahkamah.
Setelah Najib keluar dari mahkamah, wartawan yang sedia menunggu tidak Najib hiraukan, Najib panik kerana jawapannya yang salah tadi telah menjadi bahan uji kaji yang sangat hebat dalam kalangan pemberita dan wartawan. Najib mengambil keputusan untuk tidak hadir ke mahkamah. Ini keputusan tegas Najib. Najib nekad. Nekad untuk kencing rakyat sekali lagi....



KUALA LUMPUR 3 OGOS : Permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemubual 15 saksi bagi melengkapkan hujah pembelaannya sebelum memberikan keterangan membela diri, akan diketahui 8 Ogos depan.

Semalam, Anwar mengemukakan permohonan untuk menambah senarai 10 nama saksi pembelaan yang difailkan pada 26 Julai lalu.

Anwar dalam permohonan itu menyatakan bahawa mengikut undang- undang, adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk memastikan mereka mengemukakan kesemua saksi untuk ditemu bual pihak pembelaan dan semua kos ditanggung pihak pendakwaan.

Notis permohonan itu menamakan beberapa individu berprofil tinggi untuk ditemubual termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia Mohamad Ariff Abdul Kareem dan ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia Omar Malek Ali Merican.

Turut dinamakan dalam senarai notis itu adalah, pemilik unit kondominium dimana kejadian itu didakwa berlaku, Hasanuddin Abd Hamid, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Setakat ini, pihak pembelaan telah menemubual lima saksi terdiri bekas ratu pecut negara, Datuk Mumtaz Jaafar, bekas pegawai perubatan Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Dr Mohd Osman Abdul Hamid, adik perempuan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, Saidaiti Azlan, seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur dikenali Dr Daniel, dan pembantu khas Najib ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008 di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, No 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Anwar dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Pihak pembelaan sebelum ini memohon agar mahkamah mengguggurkan kes ini berikutan Saiful dikesan beberapa kali memberikan kenyataan bercanggah semasa soal balas berlangsung.

Namun, Hakim Datuk Mahkamah Tinggi, Datuk Zabidin Mohd Diah berpandangan Saiful adalah saksi yang boleh dipercayai sekaligus menolak permohonan gugur kes tersebut.


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code