Jika negara maju lain mengimport atau berlakunya kemasukan migran dari negara luar sebagai 'penghijrahan sukan' dan 'penghijrahan artis' untuk meningkatkan sesuatu reputasi contohnya Singapura memberikan warganegara kepada orang asing untuk menguatkan pasukan bola sepaknya, Jet Li yang masyhur dengan ketokohannya dalam bidang perfileman dunia telah diberikan kewarganegaraan tetap oleh kerajaan Singapura demi maksud yang tertentu.
Lantaran itu Malaysia sebagai negara yang berjiran dengan Singapura telah menganmbil langkah yang sama bukan untuk sukan, bukan pula untuk seni lakon...tapi mewarganegarakan rakyat asing semata-mata untuk menang pilihan raya. Inilah perbezaan yang ketara antara Malaysia dengan negara maju lain. Sanggup menjual negara demi mengekalkan penguasaan dalam bidang politik, terutama merampas kembali Selangor yang dilihat sebagai sebuah negeri yang maju berbanding negeri-negeri lain.
Akibat perebutan kuasa ini maka pucuk pimpinan tertinggi kerajaan Malaysia telah merestui pengambilan warga asing ini untuk dijadikan penyokong mereka seterusnya meningkatkan bilangan undi mereka. Akhirnya Melayu yang UMNO perjuangkan hanya tinggal pada nama saja sedangkan penghuninya berasal dari keturunan Jawa, Bugis, Myanmar, Kemboja, Thailand, Filipina dan berbagai ras lagi. Inilah Melayu yang UMNO laungkan demi mempertahankannya.
Sindrom MISMAHDOM mula menyusup masuk menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai keistimewaan sama dengan ras asal di sini. Melayu yang berstatus PR ini bila di'convert'kan menjadi warganegara, secara automatis akan menikmati keistimewaan yang sama dengan bangsa Melayu lain di Malaysia. Sebaliknya kaum Cina dan India meski sudah lama bertapak sejak berabad dulu masih ditakrifkan sebagai rakyat Malaysia yang asing di Malaysia lantaran berbeza kemudahan awam yang diperolehi. Inilah perjuangan UMNO yang memperbodohkan MCA dan MIC. Kaum Cina dan India masih dianggap pendatang sedangkan kaum asing yang berketurunan Melayu bertaraf warganegara mendapat segala kelebihannya. Masih tidak terfikir lagikah MCA dan MIC?
Pilih tuntutan Bersih atau 'kerajaan Mismah'
KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Selagi lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih 2.0 tidak dipenuhi, tidak hairan jika Umno begitu yakin merampas kembali pentadbiran Selangor, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Jika diambil kira trend pengundian dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor dahulu, kita yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat mengekalkan pentadbirannya di Selangor.
"Tetapi dengan beberapa perkembangan selepas itu termasuk pertambahan pengundi dengan kadar yang mencurigakan ditambah pula dengan pelbagai perkara lain yang juga mencurigakan termasuk Mismahgate, apa hendak dihairankan jika Umno begitu luar biasa keyakinannya untuk merampas kembali pentadbiran Selangor," katanya.
'Mismah gate' merujuk kepada kebanjiran mereka yang mempunyai status penduduk tetap dalam daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Salah seorang dari mereka bernama Mismah yang ditukar statusnya oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari seorang penduduk tetap kepada seorang warga negara hanya beberapa jam selepas dihebohkan bahawa beliau didaftarkan sebagai pengundi walaupun hanya berstatus penduduk tetap.
Lebih mencurigakan, SPR juga dengan begitu segera tiba-tiba menukar nama Mismah kepada kategori 'dalam proses pengesahan daftar pemilih' selepas pendedahan itu sedangkan sebelum itu namanya berada dalam kategori 'sedang dalam pameran rang'.
"Dengan apa yang terjadi itu, kalau Umno dan BN menang di Selangor malah di mana-mana pun dalam pilihan raya umum akan datang, kerajaan tidak bermaruah selepas itu hakikatnya adalah 'kerajaan Mismah' yang menang dengan menggadai kedaulatan dan keselamatan negara kepada orang asing dan bukan kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat Malaysia.
"Sebab itulah, rakyat Malaysia yang bermaruah hanya ada dua pilihan sahaja iaitu menuntut lapan tuntutan Bersih itu dilaksanakan atau meringkuk di bawah pemerintahan 'kerajaan Mismah' yang akan menjerumuskan lagi negara ini ke dalam kehancuran," kata Mohamad.
Beliau mengulangi keazamann untuk berusaha menggerakkan lagi kebangkitan rakyat menuntut lapan tuntutan Bersih itu dilaksanakan.
"Pihak yang berdolak-dalik itu tidak akan melaksanakan tuntutan tersebut melainkan dengan kebangkitan kuasa rakyat yang lebih besar dari apa yang berlaku 9 Julai lalu.
"Mereka tidak memberikan pilihan yang lain kepada rakyat," tegas beliau.
Antara lapan tuntutan bersih ialah supaya SPR membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Malaysian Insider semalam melaporkan Umno yakin akan menang di Selangor pada pilihan raya akan datang dengan majoriti sehingga 20 kerusi.Harakahdaily
0 comments:
Catat Ulasan