Selasa, 2 Ogos 2011

NAJIB AKAN BUBAR PARLIMEN SECEPAT MUNGKIN ELAK TUNTUTAN BERSIH 2.0 TERLAKSANA

DEMI menjaga legasi dan regimnya Najib akan membubarkan parlimen dalam masa terdekat, untuk mengelakkan pembersihan senarai pemilih. Taktik ini yang telah dijangkakan akan menjadi realiti apabila Najib mendapat maklumat dari sektariatnya bahawa andai segala pembersihan dapat disempurnakan oleh SPR, maka sudah tentu Najib akan berdepan dengan musibah kekalahan teruk BN.

Tujuan membubarkan parlimen awal juga dapat mengelakkan penggunaan biometrik yang direstu oleh SPR tidak tercapai. Oleh itu agen propaganda yang dilantik Najib telah memulakan operasinya dengan memujuk BN supaya menghantar senarai calon secepat mungkin. Usaha ini sekali lagi memberi peluang kepada Najib menggunakan kaedah lama dalam sistem pilihan raya yang memberi peluang kepada Najib untuk mengekalkan kuasa BN pada PRU-13 nanti.

Agen propaganda Najib telah memulakan operasi mencanang agar proses pengundian dijalankan mengikut kaedah lama, sekali gus menolak penggunaan dakwat kekal yang dituntut oleh Bersih 2.0. Lagipun senarai pemilih yang ada sekarang tidak mungkin dapat ditapis dengan sebersihnya kerana masa terlalu suntuk untuk SPR berbuat demikian. Jadi, alasan 'tidak sempat' akan digunakan oleh SPR bagi menyelamatkan BN dalam pilihan raya kelak. Sekali lagi Najib berjaya mengaburi rakyat Malaysia dengan berbagai alasan.

Jangan bubar Parlimen: Mahfuz

Parlimen tidak sewajarnya dibubarkan selagi kepincangan yang wujud di dalam proses pilihan raya tidak diatasi sepenuhnya.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, berikutan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan 9 Julai lalu, semakin banyak kepincangan dalam proses pilihan raya yang terdedah.

Menurutnya, situasi itu membuktikan bahawa dakwaan Bersih 2.0 mengenai kepincangan dalam pilihan raya adalah benar dan ia turut diakui Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

“Disebabkan SPR sendiri mengakui (wujudnya kepincangan), saya ingin meminta pilihan raya tidak diadakan dan Parlimen tidak boleh dibubarkan selagi semua (kepincangan) proses ini tidak diatasi.

“Maknanya, kita mahu pilihan raya umum akan datang adalah pilihan raya yang betul-betul demokratik,” katanya kepada Sinar Harian, sewaktu menghadiri majlis pertemuan dengan masyarakat di kawasan Pokok Sena, malam kelmarin.

Mahfuz, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau bersependapat dengan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga yang menyatakan tuntutan Bersih 2.0 bukan bertujuan melihat parti mana yang menang.

“Yang penting kemenangan itu adalah benar-benar telus, bersih dan demokrasi, demi kepentingan rakyat,” katanya.[klik sini]


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code