Rupa-rupanya Mahathir mengakui bahawa tipu muslihat yang didakwa pembangkang itu benar-benar wujud, kenyataan seumpamanya itu telah menunjukkan bahawa Mahathir sendiri terlibat dalam penipuan ini, kalau tidak masakan dia tahu bagaimana untuk menipu. Kaedah 'menipu' ini telah digumakan oleh Mahathir semasa menentang Ku Li untuk merebut jawatan Presiden Umno suatu masa dulu. Jadi hari ini beliau sendiri mengakui kejadian itu benar-benar berlaku.
Ibarat tuan punya kentut tidak akan mengaku sekiranya kentut itu 'busuk' sebaliknya akan cepat-cepat menuduh orang lain yang berkentut agar dirinya dapat dihindari dari dituduh....Tanpa menyedari siapa yang berbau dulu itulah tuan punya kentut yang sebenar....
Dr M: Pembangkang pun terlibat tipu muslihat p'raya
Pembangkang juga, dakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, terlibat dalam tipu muslihat semasa pilihan raya.
Katanya, sewaktu pentadbirannya, pembangkang juga terlibat dengan taktik seumpama itu.
Pada satu masa, tambah Dr Mahathir, terdapat 50 orang yang
didaftarkan di sebuah rumah.
"Kami tidak tahu bagaimana, tetapi mereka berjaya mendaftarkan pengundi dalam kawasan pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kutipan dana membantu mangsa kebuluran di Somalia.
Dr Mahathir (kanan) berkata, perkara itu perlu ditangani Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beliau menyatakan sokongannya terhadap penubuhan jawatankuasa khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bekas perdana menteri itu juga mengakui pilihan raya di Malaysia tidak bebas daripada penyelewengan dan campurtangan kerajaan yang memerintah tetapi menegaskan apa-apa kecacatan pun yang ada, tidak seserius di tempat lain di dunia.
Dr Mahathir berkata, pilihan raya di Malaysia, walaupun tidak benar-benar bersih, tetapi bersih.
"Saya perlu menegaskan bahawa ia juga tidak seteruk di negara-negara lain di mana kerajaan mendapat 90 peratus undi... di sini pembangkang juga menang beberapa negeri," tambahnya.-TAMAT-
Rabu, 17 Ogos 2011
MAHATHIR MENGAKU MENIPU DALAM PILIHAN RAYA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan