Selasa, 9 Ogos 2011

Kes rasuah Norza: Keputusan saksi beri keterangan palsu esok


TEMERLOH 9 Ogos - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan esok untuk keputusan kes sembilan saksi yang dituduh memberi keterangan palsu dalam kes rasuah membabitkan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Mohamad Norza Zakaria.


Majistret Siti Hajar Mustaffa menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah pihak pendakwaan dan pihak pembelaan bagi kesemua tertuduh iaitu Datuk Khadri Musa, 48; Muhammad Anuar Mohd. Yunus, 44; Nasaruddin Abdullah, 48; Mohd. Sabri Aziz, 46; Yusof Jamaluddin, 54; Jalaluddin Johan, 48; Mohd. Taupik Hussin, 41; Nor Azhar Abdul Latip, 49 dan Saiful Azman Mokhtar Affendi, 40.

Mereka dituduh memberi keterangan yang bercanggah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azuar Che Yusof semasa perbicaraan terhadap Mohamad Norza yang bermula dari 10 Februari 2009 hingga 13 Mei tahun lalu.

Keterangan itu didakwa bercanggah dengan keterangan yang diberikan mereka kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara 20 Januari 2009 dan 23 April 2009 di pejabat SPRM Temerloh. - Bernama


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code