Berdepan dengan isu harga jualan barangan dikatakan mahal dan menuduh peniaga kecil mengaut keuntungan yang berlebihan adalah sesuatu perbuatan yang memalu kan selaku badan pemantauan yang bertanggungjawab. Peniaga bukan ingin mengaut keuntungan yang lebih sebaliknya hanya sekadar mengekalkan margin keuntungan sebagaimana biasa.
Sebaliknya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri harus belajar menghormati rakyat terutama golongan peniaga bulanan seperti ini. Hanya bulan ini saja mereka mencari sedikit keuntungan untuk meneruskan kehidupan dan menyambut hari raya yang bakal tiba.
Jika dirasakan harga itu mahal, tak payah beli? Lagipun punca mahalnya barang adalah akibat dari kerajaan yang memerintah sekarang selalu menaikkan harga barang.
"Bila peniaga macam kami turut menaikkan harga barang, kerajaan marah. Tapi kerajaan sendiri selalu menaikkan harga barang tak apa?" Ujar seorang peniaga bazar Ramadhan.
:Kenaikan harga barang asas yang tidak munasabah oleh kerajaan seperti makanan ayam, menyebabkan harga ayam proses mentah mahal sehingga mencecah RM8.50 perkilo. Jadi bagaimana harga lauk tidak mahal?
Jika setahun dulu, harga ayam hanya RM4.50 sekilogram kini kenaikan sekali ganda, sudah tentu makanan berasaskan produk ayam meningkat. Begitu juga dengan berbagai barangan lain. Pokoknya jikaa minyak naik, secara tak langsung semua barang akan naik. Ini teori yang paling asas dalam ekonomi mikro. Inipun kerajaan nak tipu." Jelasnya.
"Jadi kerajaan harus membetulkan dulu ekonomi negara barulah menyalahkan rakyat, ini kerajaan hanya tahu menyalahkan rakyat. Tapi diri sendiri tidak pernah betul. Kerajaan yang a.da sekarang harus ditukar kepada kerajaan baru agar segalanya dapat kekal seperti biasa.
Kerajaan sekarang sudah tidak reti lagi mentadbir negara, apa yang kerajaan tahu sekarang ialah membuang pekerja dan menaikkan harga barang. Itu saja. Lain tak reti. Nak Menag pilihanraya dengan kaedah menipu. Hari-hari menipu rakyat. Tipu. Tipu. Tipuuuu...!!!"Dengan perasaan marah...peniaga itu mencemuh kerajaan yang ada sekarang.
Harga makanan Bazar Ramadan perlu munasabah
06/08/2011 3:00am
KUALA LUMPUR 6 Ogos — Peniaga Bazar Ramadan diminta menjual makanan pada harga berpatutan atau berdepan tindakan tegas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, kata Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe.
"Peniaga yang didapati cuba mengaut keuntungan berlebihan akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, yang boleh dikenakan denda sehingga RM100,000, jika sabit kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas memantau harga barangan serta juadah di Bazar Ramadan Taman Medan semalam.
Mengenai peningkatan harga juadah berbuka di sesetengah tempat, beliau berkata, ia mungkin disebabkan bahan yang digunakan adalah berbeza.
"Dalam hal ini, nilai tambahnya mungkin berbeza seperti ramuan dan rempah ratus yang digunakan...Kita akan sentiasa memantau dan pengguna juga harus menjadi mata dan telinga untuk kerajaan bagi mengawal kenaikan harga barang,” katanya.
Sehubungan itu, Lian Hoe mengingatkan pengguna agar bijak merancang perbelanjaan serta membuat perbandingan harga, terutama ketika membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan.
Beliau berkata, sepanjang Ramadan ini, belum terdapat sebarang aduan tentang kenaikan harga barang.
Bagaimanapun, Lian Hoe berkata, di Selangor, bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, sejumlah 145 kes telah diambil tindakan dengan nilai rampasan RM32,809.
Katanya, sepanjang bulan lepas, sebanyak 23 kes dikenakan tindakan dan nilai rampasan ialah RM3,244.40.
Mengenai ayam, beliau berkata bekalan untuk musim perayaan adalah mencukupi. — Bernama
Sabtu, 6 Ogos 2011
Jangan Salahkan Peniaga Pasar Ramadhan Jika Harga Mahal, Salahkan Kerajaan Saja!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan