Soal kenaikan harga ikan dipasaran sering menjadi perbalahan antara pengguna dan peniaga, peniaga dan pemborong. Ini adalah masalah biasa saling menuding dan meletakkan kesalahan kepada orang lain. Namun terfikirkah anda semua bahawa kesalahan sebenarnya ialah terletak pada orang yang sangat kamu sayangi tidak lain dan tidak bukan ialah kerajaan Malaysia di bawah tadbiran UBN aliran Najuborosme, inilah 'bapa kenaikan harga barang Semalaysia'. Bukan setakat harga ikan saja yang melonjak, malah kamu semua boleh nilai sendiri harga barang sekarang jauh lebih tinggi berbanding 20 tahun dulu. Pendek kata, ataupun panjang kata- bila naik saja minyak (padahal kita sebuah negara pengeluar minyak)semua barang lain akan turut naik. Ini teori ekonomi. Tak boleh tidak nilai wang kita jatuh, jadi inflasi melonjak.
Tak usah nak menuding sesiapa lagi antara kamu semua. Itu namanya bongok!! Membendung kenaikan harga barang bila tiada penurunan dalam harga minyak, kau panggil siapa saja 'bomoh' besar termasuk Pope Benedick ayah angkat Najib pun barang lain tetap juga akan naik. Tidak dapat tidak. Jadi, jika tidak berpuas hati mintalah pertolongan dengan Pak Nan anda, tengok apa dia kata? Dia akan kata 'peniaga nak ambil untung lebih' itu saja.
Tengoklah tak lama lagi rakyat Pahang akan kaya raya dengan adanya Lynas yang menurut sumber syarikat terbabit akan membayar ke kerajaan negeri sehingga RM170 juta setahun. Jadi setiap rakyat akan diberi bantuan oleh kerajaan negeri yang bertanggungjawab sehingga RM1000 seorang bagi setiap keluarga. Apa susah Pahang kan sudah kaya.
Sindrom bongoknya rakyat Malaysia ialah kerana dipimpin oleh pemimpin yang lebih kurang sama dengan 'ayah pin' saja iaitu 'kerajaan langit' atau 'Sky Kingdom' tapi kini dah tukar kepada 'Mismah Kingdom'. Wartawan yang menyiarkan portal tuduh-menuduh antara rakyat pengguna, peniaga, dan pemborong yang salah dalam soal ini sama seperti saudara 'Kahar' yang mengaku seorang 'Nabi'. Kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah menipu, menipu, menipu, dan menipu.....rakyat pula kena tipu tapi tak malu....!!!
Sindrom bongoknya rakyat Malaysia ialah kerana dipimpin oleh pemimpin yang lebih kurang sama dengan 'ayah pin' saja iaitu 'kerajaan langit' atau 'Sky Kingdom' tapi kini dah tukar kepada 'Mismah Kingdom'. Wartawan yang menyiarkan portal tuduh-menuduh antara rakyat pengguna, peniaga, dan pemborong yang salah dalam soal ini sama seperti saudara 'Kahar' yang mengaku seorang 'Nabi'. Kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah menipu, menipu, menipu, dan menipu.....rakyat pula kena tipu tapi tak malu....!!!
Selar RM15, ikan merah RM28
Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani
Penjual beri alasan tindakan pemborong punca kenaikan harga di pasaran
KUANTAN: Membebankan dan melampau! Demikian rungutan orang ramai terutama yang berpendapatan rendah kerana terpaksa membayar harga tinggi untuk mendapatkan bekalan ikan.
Bagaimanapun, mereka tidak tahu golongan peniaga juga terpaksa membayar harga tinggi kepada pemborong yang memberi alasan bekalan ikan tidak mencukupi.
Tinjauan edisi Timur di beberapa pasar mendapati golongan peniaga terpaksa berhadapan kerenah pelanggan yang tidak berpuas hati dengan kenaikan harga yang pada mereka tidak wajar berlaku ketika umat Islam sedang menjalani ibadat puasa.
Peniaga di Pasar Ikan Segar Beserah, di sini, Nor Hasman Mat Dahan, 29, mengakui terpaksa menjual ikan pada harga yang tinggi kerana bekalan bahan yang juga sumber protein itu tidak mencukupi.
"Kami bukan sengaja menaikkan harga ikan sesuka hati kerana kami juga perlu membayar harga yang tinggi kepada pemborong untuk mendapatkannya.
"Jika sebelum ini harga sekilogram ikan selar ialah RM12 tetapi sekarang kami beli dengan pemborong pada harga yang sama... oleh demikian kami terpaksa menjual RM15 sekilogram untuk mendapatkan sedikit untung," katanya yang mendapat bekalan daripada jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kemunting, ketika ditemui di sini, semalam.
Tinjauan di pasar berkenaan juga mendapati, ikan kembung dijual pada harga RM15 sekilogram manakala ikan merah RM28 sekilogram dan udang antara RM18 dan RM20 sekilogram.
Peniaga ikan di Pasar Besar Kuantan, Zukri Osman, 41, mengakui setiap tahun bekalan ikan pada bulan puasa tidak mencukupi kerana mendapat permintaan tinggi.
"Keadaan semakin serius apabila pemborong gagal membekalkan ikan mengikut permintaan peniaga, malah menjualnya pada harga yang tinggi pula.
"Secara tidak langsung, peniaga turut kena tempias dan terpaksa menjual ikan dengan harga tinggi menyebabkan pengguna merungut kerana tidak faham dengan situasi yang kami hadapi," katanya.
Sementara itu, suri rumah dari Kampung Batu Hitam, Natrah Ismail, 42, kesal dengan sikap pemborong dan peniaga yang menggunakan alasan bekalan tidak mencukupi untuk menjual ikan pada harga tinggi.
"Harga ikan yang melambung tinggi menyebabkan ramai suri rumah mengeluh terutama dalam membuat persiapan juadah berbuka puasa.
"Kenaikan harga antara RM3 hingga RM6 sekilogram pasti membebankan keluarga dan menjejaskan perbelanjaan harian terutama golongan berpendapatan rendah," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, tekong bot pukat jerut, Mustapa Ismail, 53, mengakui hasil laut itu berkurangan mengikut musim.
"Berikutan itu, kami terpaksa menjual kepada orang tengah dengan harga yang agak tinggi sebelum mereka pula menjualnya kepada peniaga dengan harga yang lebih mahal.
"Ini menyebabkan peniaga tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa menjual dengan harga yang tinggi kepada pembeli," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan