Rabu, 17 Ogos 2011

FAHAM ISLAM BARU CAKAP FASAL ISLAM WAHAI BLOGGER UMNO

JAWAPAN KEPADA BLOGGERS UMNO YANG KURANG DIDIKAN MORAL DAN KAJIAN TEMPATAN

Setelah membaca artikel ini rasanya ada benarnya kerana ramai dalam kalangan UMNO yang nak tunjuk 'hero' dalam bab agama Islam, padahal ramai dalam kalangan mereka tidak puasapun, apatah lagi nak pergi masjid sembahyang Subuh. Lepas tu bising sebab bacaan Al Quran sebelum Subuh nak dihentikan, sudahnya diri yang mengaku 'hero' itu tidak pernah mendengarpun bacaan tersebut kerana masih lagi tidur. Apa tidaknya asyik menempel dengan 'lap top' menulis artikel menghentam pembangkang sehingga lewat malam, masakan dapat bangun untuk solat Subuh. Inilah hakikat orang yang buta agama. Jika isu yang berlaku itu dalam negeri pembangkang habis semua dibongkar sehingga agama lain akan melihat Islam dengan satu gambaran yang buruk dan negatif.

Isu menu dan daging 'babi' yang disiarkan begitu menyentuh perasaan Menteri Dalam Negeri, tapi hakikatnya keputusan 'ekor', 4D, Magnum tidak pula tersentuh jiwanya. Bukankah pelik perbuatan itu. Adakah tidak sensitif dan tidak tahu yanng 'judi' itu juga sama haramnya dengan makan babi.

Isu murtad juga sama, hero UMNO dan geng bloggernya begitu lantang bersuara konon menyokong JAIS dan Hasan Ali atas tindakan mereka menyerbu gereja, padahal Hasan Ali itu PAS, sebaliknya jika di negeri yang diperintah oleh UMNO seperti Melaka tidak pula ditentang bila kegiatan haram nak dilanjutkan tempohnya. Di mana sebenarnya letak Islam di mata UMNO? Bila berlaku di negeri Pakatan sibuk campur-aduk dengan berbagai kaedah untuk membela Islam dan kononnya 'aku'lah pembela Islam. Tapi hakikatnya diri sendiri tak pernah pun pergi 'terawih', puasa jarang-jarang, masjid jika bukan bulan Ramadhan jauh sekali untuk bertandang kecuali hari Jumaat itupun sebab nak ponteng kerja. Jadi pokok pangkalnya orang-orang sebegini yang nak membela Islam? Orang yang mengaku Islam tapi tidak pernah mengamal Islam ini nak membela Islam?

Tengoklah sendiri para pemimpin UMNO peringkat tertinggi, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan kebanyakan barisan kabinet mereka. Rasanya tiada seorang pun yang boleh baca khutbah dekat mimbar-mimbar masjid atau mana-mana surau. Termasuklah juga bapak kepada bapak Islam negara tak pernahpun naik mimbar atau berdiri di hadapan sekali mengimami mana-mana solat dan sebagainya. Tapi mereka inilah yang konon mengaku membela Islam, yang selalu bercakap berkenaan Islam. Bukankah ini aneh sekali.

UMNO hanya mengaku Islam sebagai agama rasmi negara kerana jumlah penganutnya sahaja, bukan rakyatnya yang betul-betul memahami Islam, termasuk pemimpinnya yang ingin terjemah semula Al Quran seperti Mahathir ini tak lebih dari pemimpin yang seangkatan dengan 'Ayah Pin' saja. Pemimpin kerajaan 'langit'. Bila orang tuduh sesat, kafir dia melenting, marah sehingga hari ini masih marah lagi, sedangkan perkataan dan perbuatannya, terang-terangan menolak Islam. [rujuk sini]

Apa yang dilakukan oleh UMNO terhadap Islam ialah dengan mendirikan masjid-masjid besar tetapi bukan mendidik penganutnya ke masjid. Masjid besar orang tak ada. Bila orang kafir nak masuk masjid orang UMNO marah. Tapi orang UMNO sendiri jarang pula ke masjid.

Begitu juga dengan orang kafir yang ingin baca hadis nabi, orang UMNO marah sampai 'boikot' dewan persidanngan. Tapi orang UMNO sendiri tidak pula tahu membaca hadis, tidak mahu belajar hadis, tidak mahu mendalami Islam. Tapi marah kepada kafir yang ingin mendalami Islam, dan belajar mendekati Islam. Inilah sifat sebenar UMNO terhadap Islam di Malaysia, kerana terlahir sebagai Melayu yang secara automatisnya ditakrifkan dalam perlembagaan sebagai beragama Islam, maka 'baka' itu sajalah yang ada untuk menjadi warga Islam tapi bukan dengan ilmu Islam, cuma boleh bercakap, membela Islam kerana bakanya sahaja.




Source: http://www.malaysiakini.com/

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

orang yang mengaku faham islam pun tak faham pun mengaku je.....maki ,carut orang,islam tak ajar pun betul tak.....

Next Previous Home
hostgator coupon code