MKN (Majlis Keselamatan Negara) harus mengambil inisiatif yang lebih bersepadu menangani polemik Wahabi dan terorisme yang telah mendapat taklimat khusus oleh Dr Uthman El Muhammady. MKN tidak harus melepas tangan dalam perkara yang kononnya berkait rapat dengan isu keselamatan negara dan hubungan dengan Arab Saudi. Bagi yang terkena lampias secara langsung atas tuduhan dan skandal ini sudah tentu menimbulkan rasa tidak puas hati kerana seolah tidak tahu hujung pangkal tetiba dituduh sebagai jahat dan ganas, tiada peluang membela diri.
Dr Jamil Khir selaku menteri di Jabatan Perdana Menteri harus mengambil peluang ini agar mengadakan satu sesi dialog sama ada tertutup mahupun terbuka, dan pilihan penulis (pakdoe) seeloknya terbuka agar kekeliruan ini sama-sama dapat dinilai serta-merta. Jika tertutup, jelas menunjukkan isu yang di bawa oleh Dr Uthman ini hanyalah sebagai satu retorik dan pendapat peribadi beliau sahaja. Apa mungkin Dr Uthman telah menerima desakan dan tekanan dari pihak-pihak tertentu untuk menyatakan atau melemparkan tuduhan sedemikian? Siapakah pihak tertentu itu? Sudah tentu bukan dalam kalangan PAS sebab tokoh penting PAS juga terpalit dengan idea ganas dan jahat ini. Mungkin dari dalam UMNO? Sehingga terpelanting keluar menyusup dari mulut Dr Uthman tuduhan tanpa bukti atau terbukti tapi terlalu rahsia buat dirinya. Mengapa ini harus terjadi?
Apakah Dr Uthman menarik diri dari berdialog demi menyelamatkan satu diskusi yang tidak berpihak kepadanya atau mengelakkan diri kerana memang dia 'tersalah' cakap atau mungkin diskusi ini bakal mengheretnya mendedahkan sesuatu yang lebih memalukan dirinya atau pihak di sebaliknya? Atau mengapa setelah 'berak' Dr Uthman tinggal begitu sahaja? Siapa yang akan membasuhnya? Menyelamatkan maruah diri dari terhina satu syahid. Cuma langkah yang diambil tidak mencerminkan seorang patriotis. Itu saja!
1.[klik] Malaysian Insider
2.[klik] Malaysiakini
Isnin, 8 Ogos 2011
Dr Muhammad Uthman El Muhammady Bungkam!!! [Video]
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan