Orang Cina suka tolong Melayu tapi orang Melayu Umno seperti Reezal Merican dan Zainal Abidin, termasuk Zahrain bukan nak tolong Melayu tapi menggulaikan Melayu ada lah...Inilah sifat orang Melayu yang sokong UMNO di Malaysia. Lebih malang selain melagakan Melayu, kutuk sesama Melayu. Bila Cina tolong Melayu puak-puak ni diam membisu seribu bahasa. Petualang Melayu sebenar berada dalam kelompok UMNO P.Pinang.
Kontraktor Melayu sanjung pendekatan Pulau Pinang
PULAU PINANG, 5 Ogos: Pemangku Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, Dato' Izham Merican mengecam kenyataan Ketua Wanita MCA, Tan Cheng Liang yang sengaja menimbulkan isu perkuaman terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) kononnya anti Cina apabila memberikan peluang kepada kontraktor Melayu berbanding kaum lain menerusi sistem terbuka.
Jelasnya, sepertimana yang dinyatakan oleh Lim sendiri bahawa semua peluang yang diperolehi oleh kontraktor bumiputra berdasarkan kemampuan mereka sendiri bukan kabel politik sebagaimana yang menjadi amalan dulu.
Baginya, MCA begitu jahil tidak mengerti istilah tender terbuka yang membenarkan semua kaum dan bangsa bersaing untuk semua projek kerajaan negeri termasuk projek yang melebihi RM200 ribu dengan memilih harga yang paling baik dan berkualiti.
"Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang menolak sekeras-kerasnya kenyataan yang berbaur sentimen perkauman. MCA sanggup menghina kontraktor melayu dengan perpepsi negetif sebegini. MCA seolah memandang rendah keupayaan kontraktor Melayu sedangkan ia tertakluk kepada kemampuan kontraktor itu sendiri. Nak buat macamana kontraktor Melayu lebih terserlah dalam hal ini, " terangnya.
Walaupun ahli Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang banyak ahli Umno namun Lim sebagai Ketua Menteri nyata berjaya menampilkan dirinya profesional dengan mengenepikan fahaman politik dalam soal projek berbanding dulu mesti mendapat kebenaran Ketua Bahagian parti.
Menurut Datuk Izham lagi, dasar yang menjadi amalan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyenangkan kerjasama antara ahli persatuan dengan Ketua Menteri yang bijak membezakan yang mana politik dan perniagaan.
"Kita sanjung pendekatan Ketua Menteri kerana membantu kontraktor bumiputra. Kejayaan itu bukan kerana rasuah sebaliknya kemampuan yang ada pada kontraktor itu berbanding kontraktor lain, " terang beliau.
Kaum lain kata beliau, tidak perlu bimbang kerana kebanyakan pembekal bukan bumiputra begitu juga pekerja mereka. Bila setiap tawaran diperolehi oleh kontraktor bumiputera maka kaum lain juga memperolehi keuntungan.
Setahu kami tambahnya, Lim merupakan tokoh pentadbiran yang baik maka beliau tidak akan sekali-kali mengenepikan kaum lain dalam semua aspek pembangunan apatah lagi perbinaan walaupun dicemuh oleh segolongan yang sengaja buat tidak faham dasar Kerajaan Negeri.
Jumaat, 5 Ogos 2011
DAP TOLONG MELAYU TAPI UMNO GULAI MELAYU BUAT SUP...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan