ALOR SETAR 7 Ogos – Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang dikenali sebagai 'Geng Mercedes' dengan penahanan 10 individu dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM6.5 juta dalam operasi di sekitar negeri ini kelmarin.
Sindiket berkenaan digelar 'Geng Mercedes' berikutan modus operandi mereka yang menggunakan pelbagai kereta Mercedes lama untuk menyeludup dadah tersebut dari negara jiran menerusi pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, dekat sini bagi tujuan pengedaran di kawasan utara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kejayaan itu adalah hasil intipan polis selama beberapa bulan selepas mendapat maklumat awam dan kerjasama Biro Pencegahan Narkotik Thailand (PNSB).
Katanya, dalam operasi antara pukul 8.30 pagi hingga 9.30 pagi itu, polis menahan 10 orang berusia antara 14 tahun hingga 46 tahun termasuk dua perempuan warga Indonesia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta dadah Berbahaya 1952.
Menurut beliau, selain rampasan pelbagai jenis dadah, polis turut merampas enam buah kereta Mercedes, sebuah kereta Perodua Kenari dan wang tunai berjumlah RM46,076. - Utusan
Ahad, 7 Ogos 2011
Dadah RM6.5 juta Dirampas dari Geng Mercedes
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan