BERANIKAH Mahathir ke mahkamah? Sedangkan Najib begitu takut terhadap mahkamah sendiri. Pelik! Apakah Mahathir akan ke mahkamah semata-mata melindungi 'anak mas'nya satu masa dulu atau demi menyelamatkan diri dari terbongkar lebih banyak keselingkuhan dan kecurangannya semasa berada di puncak dulu?
Beranikah Mahathir menjerut batang lehernya sendirir untuk ke mahkamah?
Atau Mahathir akan membiarkan sahaja anak masnya dulu 'terkorban' gara-gara kesilapan sendiri yang cuba menipu kerajaan. Senangkah nak menipu kerajaan?
Kalau kerajaan sendiri tidak terlibat?
Kes PKFZ: Dr. Mahathir akan dipanggil jadi saksi
KUALA LUMPUR 2 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan dipanggil sebagai saksi pada perbicaraan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik membabitkan penipuan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Perkara itu berbangkit selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah yang mengetuai pasukan pendakwaan, menyoal saksi kedua Datuk Shaari Mahadi berkenaan sepucuk surat bertarikh 29 Jun 2002, yang ditulis Liong Sik kepada Dr. Mahathir, iaitu Perdana Menteri ketika itu.
Selepas mengemukakan soalan kepada Shaari yang juga bekas Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Shah Alam, Abd Majid memberitahu Hakim Datuk Ahmadi Asnawi yang mendengar perbicaraan, bahawa pihak pendakwaan akan memanggil bekas perdana menteri itu sebagai saksi membabitkan surat tersebut. - Bernama
Selasa, 2 Ogos 2011
BILA MAHATHIR KE MAHKAMAH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan