Selasa, 2 Ogos 2011

BEZA ANTARA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN DAN NAIB CANSELOR UNISEL

Kalau SPP memang sanggup melucutkan dan membuang pekerjanya dengan sewenang-wenang demi menjaga periuk nasi sendiri tanpa mengira periuk nasi dan nyawa orang lain yang berkhidmat untuk sesuap nasi dan sesudu teh. SPP sangat seronok melucutkan jawatan pekerjanya tanpa usul periksa. Lain pula halnya dengan Naib Canselor Unisel yang sanggup melepaskan jawatan semata-mata kerana tidak sanggup melucutkan jawatan pekerja yang berada di bawahnya. Inilah tindakan yang paling berani dan sangat bertimbang rasa yang dilakukan oleh seorang yang bertanggungjawab bukan macam Zulkarnain Awang yang sanggup melemparkan pekerjanya. Nih! Baca nih!!!

Dr. Rosti letak jawatan NC Unisel dengan notis 24 jam

SHAH ALAM 2 Ogos — Datuk Dr. Rosti Saruwono mengambil keputusan meletakkan jawatan selaku Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam berkuat kuasa esok.

Beliau mengesahkan peletakan jawatannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Ada keputusan yang saya tak sanggup laksanakan iaitu untuk melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa proses sewajarnya,” katanya ketika menjelaskan antara punca beliau meletakkan jawatan.

Berasal dari Klang, Selangor Rosti pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac, 2009.

Beliau menggantikan Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.- Bernama



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code