Isnin, 22 Ogos 2011

Bayi Ditinggalkan Di R&R Salak Baru

Seorang bayi lelaki dijumpai ditinggalkan di dalam sebuah kotak di dalam surau wanita kawasan Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Salak Baru.

Bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai seorang pekerja Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) pada pukul 7.15 pagi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, pekerja MPKK terbabit yang sedang membersihkan surau di hentian berkenaan curiga dengan kandungan sebuah kotak di kawasan tersebut.

Dzuraidi berkata, bayi lelaki berkenaan yang dibalut dengan kain batik itu masih dalam keadaan sihat dan dihantar ke Hospital Sungai Siput di sini untuk pemeriksaan. Menurut beliau, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama bayi berkenaan yang dipercayai ditinggalkan ibunya.

Polis sedang mengesan ibu bayi berkenaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis Sungai Siput di talian 05-5981222 untuk membantu siasatan.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code