Sekolah yang merupakan premis untuk pendidikan digunakan sewenang-wenangnya oleh UMNO untuk mengadakan ceramah politik. Selain itu UMNO telah menggunakan ramai pelajar untuk menjadi hamba dan mendengar ceramah politik yang diadakan di sana.
Para guru pula diwajibkan datang dan dipaksa, malah sekiranya tidak hadir ke majlis tersebut maka tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap guru terbabit. Jika UMNO buat tiada pula pembangkang membuat laporan polis. Tetapi jika sebaliknya berlaku ke atas PAS dan pembangkang lain maka UMNO dengan pantas menggunakan polis untuk membela nasibnya.
SUBANG: Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Subang dan penduduk Kampung Melayu Subang, semalam membuat laporan polis terhadap penceramah bebas, Azmil Mustapha atau lebih dikenali sebagai ‘Ali Setan’ yang didakwa menyampaikan ceramah menghasut penduduk membenci kerajaan di Masjid An Nur, di sini, malam kelmarin.
Laporan polis dibuat di Balai Polis Kampung Baru Subang kira-kira jam 12 tengah hari semalam oleh Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Zulfakar Ali dan salah seorang penduduk yang mendengar ceramah berkenaan, Mohd Shafie Nasip.
Dalam ceramah yang berlangsung hampir satu jam sebelum solat tarawih di hadapan kira-kira 300 jemaah masjid, Azmil dikatakan menuduh kerajaan tidak beragama serta sistem pendidikan yang sedia ada kini mengikut acuan kafir.
Malah, Azmil turut mengeluarkan kata-kata kesat iaitu ‘Melayu bodoh’ dan ‘tidak ada telur’ berulang kali menyebabkan lebih 30 jemaah bertindak keluar daripada masjid berkenaan tanpa sempat menunaikan solat tarawih.
Mohd Shafie, 48, berkata tujuan Azmil dijemput ke masjid berkenaan untuk memberi tazkirah selepas majlis tahlil diadakan, bagaimanapun beliau mengambil kesempatan itu dengan melemparkan pelbagai tohmahan terhadap pentadbiran negara.
“Lebih mengejutkan, Azmil menjelaskan kepada jemaah supaya tidak perlu mengagungkan Sultan dan Yang di-Pertuan Agong sebaliknya patuh kepada ajaran Allah. Malah, dia juga mempertikaikan pertemuan di antara Perdana Menteri dengan Paderi Kristian, Paul Pope serta mendakwa Dasar Ekonomi Baru itu sebagai dasar ekonomi bodoh.
“Selepas hampir 20 minit berceramah, salah seorang jemaah yang tidak berpuas hati bangun bertanyakan sama ada Azmil mahu menyampaikan ceramah politik atau agama, namun pertanyaan jemaah itu tidak dipedulikan sebaliknya terus melemparkan tuduhan sebelum jemaah terbabit bertindak keluar.
“Sebaik melihat jemaah berkenaan meninggalkan masjid itu, Azmil terus melaungkan kepada jemaah lain bahawa segala ibadat menunaikan haji, membayar zakat yang dilakukan jemaah terbabit adalah sia-sia,” katanya selepas membuat laporan polis di sini, semalam.
Sehubungan itu, Mohd Shafie meminta polis menjalankan siasatan terhadap penceramah bebas itu kerana menggunakan tempat ibadat untuk menyampaikan ceramah politik.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid, turut meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat perkara itu kerana tindakan seperti itu amat berbahaya dan boleh memecah-belah masyarakat.
Sementara itu, Azmil ketika dihubungi berkata, beliau tidak berniat langsung untuk memberi ceramah politik kerana tidak pernah terbabit dengan mana-mana parti politik di negara ini.
“Setiap kenyataan yang saya keluarkan disertakan dengan hadis dan semua yang dibangkitkan itu terkandung dalam al-Quran. Malah, saya dibenarkan JAIS untuk mengadakan ceramah sepanjang Ramadan,” katanya sambil menyifatkan laporan polis dibuat Pemuda UMNO dan penduduk kampung yang mendakwa beliau menghasut itu tidak berasas sama sekali.
___________________________________________________________________
Satu laporan polis dibuat terhadap bekas pelakon terkenal, Azmil Mustapha(gambar), atau lebih dikenali sebagai ‘Ali Setan’ atas beberapa dakwaan termasuk mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan dan menjatuhkan martabat Yang DiPertuan Agong.Menurut laporan polis tersebut, Azmil, dikatakan menyampaikan ceramah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang ketika para jemaah sedang bersedia untuk bersolat tarawih di situ, pada 18 Ogos.
Laporan itu dipercayai dibuat salah seorang jemaah masjid berkenaan .
Antara kandungan ceramah yang dicatat di dalam laporan polis itu adalah seperti berikut:
· Menuduh Kerajaan tidak Islamik di mana sekolah-sekolah Kerajaan yang ada mengikut acuan kafir dan tidak wujud sekolah-sekolah yang beragama Islam
· Mempetikaikan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara di mana (Azmil) mempertikaikan keluhuran perlembagaan ditukar kepada perlembagaan Al-Quran.
· Tidak perlu mengagungkan DYMM Sultan dan DYMM Yang DiPertuan Agong di mana yang perlu diagungkan hanya Tuhan sahaja.
· Berulang kali beliau mengeluarkan kata-kata ‘Melayu bodoh’ dan ‘tidak ada telur’.
· Mempertikaikan pertemuan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Pope Kristian dan mempersoalkan apakah niat di sebalik pertemuan itu.
· Dasar Ekonomi Baru (DEB) dipertikaikan dan ditukarkan kepada ‘Dasar Ekonomi Bodoh’.
· Menyampaikan ceramah di dalam masjid tanpa tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
· Apabila ditegur oleh seorang jemaah, Azmil menghinanya dengan mendakwa bahawa segala ibadah, haji dan zakat jemaah yang membuat terguran itu sia-sia belaka.
Sebelum ini, Azmil yang berhijrah ke Syria mendorongnya untuk kembali ke tanahair ekoran suasana negara itu yang tidak terkawal dan huru-hara.
Azmil merupakan bekas pelakon popular tanahair sekitar tahun 80’an pernah membintangi filem Ali Setan, Ali Setan II, Mekanik dan Suara Kekasih, berpasangan dengan pelakon wanita diva terkenal negara, Fauziah Ahmad Daud, atau lebih dikenali sebagai Ogy.
Beliau kemudian bersara dari dunia hiburan tanahair dan mengambil kesempatan untuk mendekatkan diri dengan agama Islam.
0 comments:
Catat Ulasan