
BERLIN 14 Ogos – Seramai 20 orang yang terpaksa bermalam di dalam kereta kabel yang tersekat 100 meter di atas pergunungan Alp Bavaria di selatan Jerman sebelum berjaya diselamatkan dengan menggunakan helikopter.
Saat getir tersebut dialami mereka mulai tengah hari kelmarin apabila satu peluncur angin melanggar kabel tersebut menyebabkan ia terhenti, kata polis.
Usaha menyelamat terpaksa dihentikan di sebelah malam menyebabkan 20 orang yang terperangkap di dalam kabel berkeluasan 12 meter persegi terpaksa bermalam di dalamnya, tidak jauh dari Istana Ludwig II Neuschwanstein. - AFP

0 comments:
Catat Ulasan