Selasa, 12 Julai 2011

Tunaikan Tuntutan, Atau Hadapi Bersih 3.0- Mat Sabu

KUALA LUMPUR 12 JULAI : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memberi amaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan lapan tuntutan Bersih jika tidak mahu berhadapan dengan Bersih 3.0.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, empat daripada tuntutan yang dikemukan Bersih kepada SPR itu hakikatnya boleh dilaksanakan oleh badan itu pada bila-bila masa sahaja.

“Bersih kemukakan lapan dan empat tuntutan boleh dilakukan. Janganlah berdolak-dalih, kalau pilihan raya adil, Barisan Nasional (BN) nak menang sampai bila pun, menanglah... kami tiada masalah terima kekalahan, yang kami tidak mahu adalah penipuan berlaku.

“Jika SPR tidak mahu buat perubahan segera, kami akan cadangkan kepada Bersih untuk buat perhimpunan sekali lag. Ada tuntutan yang boleh disegerakan SPR tetapi kalau tiada perubahan, kami akan desak Bersih buat perhimpunan yang lebih besar,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Empat tuntutan yang boleh dilaksanakan oleh SPR dengan kadar segera ialah membersihkan daftar pemilih, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan tempoh kempen minimum 21 hari.

Antara lain tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih ialah akses media yang bebas dan adil, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code