Benarlah kata-kata yang selalu diamalkan mencerminkan keperibadian seseorang. Tan Seri Aziz yang selalu mengakui bahawa SPR adalah sebahagian dari kerajaan menunjukkan bahawa badan itu terang-terangan sokong kerajaan.
Kaedah penggunaan biometrik tidak termasuk dalam 8 tuntutan dan masih lagi dianggap membazir dan tidak telus. Mengapa jalan ini yang ingin digunakan sedangkan penggunaan dakwat kekal lebih mudah dan senang dilihat sekiranya pengundi itu berulang mengundi. Mengapa jalan yang bengap ini dipilih dengan kos yang tinggi dan masih lagi dilihat sebagai seseorang masih boleh mengundi banyak kali. Sistem ini tidak sesuai digunakan di Malaysia, guna dakwat apa salahnya.
Diplomat: EU timbang hantar badan pemantau, SPR tidak wibawa
KUALA LUMPUR, 24 Julai — Meskipun Putrajaya terus mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diplomat-diplomat Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghantar kumpulan pemerhati ke Malaysia ketika pilihan raya umum ke-13 selepas mendapati agensi pengendali pilihan raya itu bukan sebuah badan yang berwibawa.
Pendirian itu dibuat susulan satu taklimat diberikan oleh suruhanjaya itu baru-baru ini.
Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.
Beberapa diplomat memberitahu The Malaysian Insider, taklimat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof beberapa minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 tidak meyakinkan mereka tentang kedudukannya sebagai sebuah badan berkecuali dengan terus mengatakan mereka sebahagian daripada kerajaan.
“Mereka tidak berwibawa. Abdul Aziz asyik mengulangi ‘kami’ dan ‘kita’ dalam kerajaan ketika taklimat,” kata seorang diplomat EU kepada The Malaysian Insider.
Abdul Aziz merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum dilantik mengetuai SPR bermula 31 Disember 2008 selepas kontraknya berakhir.
Seorang diplomat dari satu lagi negara EU mengesahkan taklimat itu dan rumusan yang mereka putuskan.
Malaysia mengadakan pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.
Oleh Jahabar Sadiq
Ahad, 24 Julai 2011
SPR: AZIZ SELALU KATA 'KITA' MENUNJUKKAN SOKONG BARISAN NASIONAL
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan