Hari ini polis dan gerombolannya tampil dengan berbagai versi video dan hujah yang membanggakan demi untuk mempertahankan diri dari terus ditohmah oleh berbagai pihak berkaitan tindakan yang diambil dalam menangani isu Bersih 2.0 tempoh hari. Namun apapun alasan dan pembelaan yang diambil oeh polis dalam isu ini TIDAK sedikitpun mencerminkan sebagai adil dan berwibawa. Malahan apatah lagi ditabal oleh generasi akan datang dan sekarang sebagai patriotik dan pejuang sama seperti sewaktu polis dahulu kala menentang komunis dan musuh negara era 50-60an.
Segala apa tindak-tanduk polis sekarang terang-terangan membela UMNO dan politiknya hanya tidak lebih sebagai 'petualang negara' sahaja dan itulah yang selayaknya. Polis yang kini kebanyakan para pendemo melabelkan sebagai pengkhianat dalam menjayakan misi negara Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi. Petualang sebeginilah yang muncul dalam abad ini mengekang pergerakan dan mengekalkan kuasa sebelah pihak sahaja. Sedangkan orang yang sebenar bertanggungjawab dalam soal ini tidak pula tampil menterjemahkan apa yang dimaksudkan dengan pilihan raya yang adil dan bersih.
Dengan setiap hari paparan media arus pembangkang menayang bukti penyelewengan pilihan raya, penyelewengan dalam menangani perhimpunan, dan bebagai bentuk salah laku dalam tadbir urus negara seolah dipandang sepi oleh kerajaan. 10,000 orang yang hadir berdemo bukanlah mencerminkan kehadiran yang sebenar setelah ditentang dan ditahan oleh 'petualang negara' ini.
Namun dalam konteks negara bangsa Malaysia, manusia-manusia sebeginilah yang bakal mendapat pingat diperingkat kerajaan Malaysia. Inilah calon yang sesuai untuk mendapat anugerah dari Kepala Negara.
Rakyat yang bangkit menentang sesuatu isu yang dibawa mesti 'ada yang tidak kena' dalam kerajaan, jika tidak manakan rakyat rasa berbaloi untuk berbuat demikian?
Sanggup berdepan dengan berbagai rintangan semata-mata berpihak kepada yang salah?
Sejarah generasi dunia telah membuktikan bahawa tiada satu kerajaan dalam dunia ini sejak bermulanya tamadun manusia mampu bertahan sehingga lebih 100 tahun. Tidak ada. Jika sudah 50 tahun lebih mentadbir dan ingin menjadikan kuasa sebagai hak milik mutlak sehingga tiada orang lain dapat menggugatnya, ini sudah tidak demokrasi lagi.
Benarlah pada satu persepsi sebelah pendokong kerajaan tindakan yang dilaksanakan itu memuaskan dan ungkapan 'padan muka' akan dikenakan kepada peserta demo, benarlah persepsi ini. Tetapi di pihak pendemo tindakan sedemikian mendatangkan kebencian yang meruwap-wap, dan meluat-luat. Jika UMNO tumbang, di manakah jasa ini. Apakah Umno akan melakukan demo yang lebih besar?
Dan, apakah tindakan polis saat itu?
Sebagaimana yang diketahui umum 'pencegahan' melakukan demo ini bukan mencerminkan sistem yang adil dilaksanakan. Mengapa pula polis begitu negatif dalam soal ini? Sepatutnya jika polis bertindak sebagai satu badan yang berkecuali sejajar dengan perlembagaan polis yang 'adil, tegas dan berhemah' ini, mereka tidak harus melakukan provokasi seperti tembakan serangan, ugutan malahan tangkapan sekalipun. Sepatutnya polis juga boleh mengeluarkan permit untuk berhimpun secara aman di stadium yang sudah dijanjikan.
Tetapi sebaliknya mengapa polis tidak berbuat demikian, apakah niatnya? Polis juga sepatutnya campur tangan dalam soal penyelewengan pilihan raya sebagai mana yang terdakwa. Tapi sebaliknya tidak berbuat demikian malahan mengatakan bahawa itu bukan bidang kuasanya. Apakah kerana tiada musuh untuk berperang maka rakyat sendiri dijadikan bahan eksperimen untuk menguji senjata-senjata yang hampir luput.
Kesimpulannya polis yang mengeluarkan arahan berperang kepada rakyatnya bukanlah mencerminkan suatu 'jasa' dalam masyarakat. Terutama dalam soal politik di Malaysia. Berbilang bangsa, berbilang golongan (tua, muda, kanak-kanak) malah berlainan jantina turut sama dalam demo ini sebagai satu bantahan kepada kepincangan sistem pilihan raya yang ada. Tapi ini juga tidak memberi impak kepada nafsu yanng bersifat 'petualang'.
0 comments:
Catat Ulasan