Sabtu, 30 Julai 2011

SEKALI LAGI POLIS MALAS!!! HARI-HARI MALAS!!!

ABDUL GHANI menunjukkan pakaian dalam yang mahu dihadiahkan kepada Lim Guan Eng di Bangunan Komtar, Pulau Pinang semalam.


Jika perbuatan sama atau tindakan sebegini dibuat terhadap pemimpin UMNO, rasanya dah lama mampus macam Altantuya. Kurang ajar!!! Kalau tidak pun duk kat dalam lokap dulu, sama seperti PSM6. UMNO sebuah parti yang rasis, kalau penjahat itu Melayu dilepaskan, kalau penjahat itu Cina atau India - dah lama kojol!!!

Guan Eng dapat hadiah seluar dalam

ABDUL GHANI menunjukkan pakaian dalam yang mahu dihadiahkan kepada Lim Guan Eng di Bangunan Komtar, Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN - Pusat Khidmat Kaunter Jabatan-jabatan kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini kecoh semalam apabila seorang peniaga barangan kulit cuba menaiki lif untuk ke pejabat Ketua Menteri dengan membawa dua pasang pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik.

Mohamed Ghani Abd Jiman Ghani, 42, yang juga Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, membuka bungkusan plastik yang mengandungi dua pasang seluar dalam dan coli bercorak harimau ketika ditahan oleh pengawal keselamatan di hadapan pintu masuk lif.

Beliau berkata, pakaian dalam itu adalah hadiah kepada kerajaan negeri yang didakwanya tidak berlaku adil, tidak telus kepada rakyat dan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code