Khamis, 7 Julai 2011

Sarbaini mengaku ambil rasuah tapi mahu ubah kenyataan, kata SPRM



Pengarah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur memberitahu inkues kematian penolong pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamad bahawa si mati mngaku menerima rasuah dari dua syarikat penghantaran.


Katanya, Sarbani mengaku menerima dari RM30 hingga RM200 sebulan dari Ah Seng dari Mark Top dan Shipping Sdn Bhd.

Timbalan pesuruhjaya Mohd Fauzi Husin (bawah) - saksi ketujuh dalam inkues tersebut - berkata Sarbani juga mengakui menerima RM50 hingga RM100 sebulan dari kakitangan Schenker Logistics, Wan Zainal.


NONE

Menjawab soalan DPP Abbazafree Abdul Abbas, beliau menjelaskan bahawa pengakuan itu dibuat secara sukarela apabila Sarbaini dipanggil semula untuk menjelaskan mengenai kenyataan berhematnya selepas dia ditangkap pada 1 April sebagai suspek dalam satu kes rasuah.

Sarbaini adalah antara 62 pegawai kastam yang ditahan SPRM dalam Operasi 3B pada 1 April lepas bagi membantu siasatan rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Beliau dibebaskan dengan jaminan pada 2 April.

Dia ditemui mati di atas gelanggang badminton di tingkat pertama bangunan SPRM yang terletak di Jalan Cochrane pada 6 April, sejurus selepas diiringi ke bilik saksi.

Inkues di hadapan koroner Aizatul Akmal Maharani, yang masuk hari keempat, bertujuan untuk menyiasat kematian, Sarbaini, yang dipercayai akibat jatuh dari tingkap pantri di tingkat tiga.

Mohd Fauzi memberitahu inkues tersebut bagaimana Sarbani datang ke pejabat SPRM pada 6 April untuk mengubah kenyataannya dan menarik balik pengakuan awalnya.

Beliau bagaimanapun menafikan kerana itu beliau atau pegawainya berniat tidak baik terhadap si mati, kerana menurutnya, ia merupakan perkara biasa dalam tugas mereka ketika berdepan dengan tingkahlaku suspek yang tidak diduga.

Mohd Fauzi juga memberitahu inkues itu, dalam soal siasat ke atas suspek, pegawai SPRM dilatih menggunakan teknik psikologi, menggunakan "sentimen dan emosi" untuk mendapatkan kenyataan dan pengakuan.

Kakitangan bawahannya, kata Mohd Fauzi, telah diarahkan untuk menjaga maruah orang disoal siasat dan diarah supaya tidak menggunakan kaedah intimidasi.

Namun, Mohd Fauzi tidak menafikan kemungkinan sesetengah pegawai mungkin menggunakan cara yang kurang mesra untuk mendapatkan maklumat ketika berada di bawah tekanan, kurang tidur dan jadual operasi yang sibuk, seperti Ops 3B di seluruh negara.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code