Sabtu, 9 Julai 2011

Presiden PAS dan Penganjur Bersih dibebaskan

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan jam 7.25 malam dengan cara dihantar terus ke rumah penginapan beliau dekat Sentul.

Menurut sumber, Abdul Hadi dihantar dengan sebuah kereta polis selepas kenyataan beliau direkodkan di IPK Kuala Lumpur.

(Abdul Hadi dan setiausaha politiknya di atas trak polis sebelum dibawa ke Balai Polis Jinjang dan kemudiannya ke IPK KL)

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga juga dibebaskan jam 6.30 petang tadi.

PAS menuntut supaya Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan lain-lain dibebaskan segera sebelum satu juta ahlinya turun berkampung ke Bukit Aman.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dalam sidang medianya menuntut Abdul Hadi dibebaskan dalam masa 24 jam sebelum ahli-ahli PAS dari seluruh pelusuk negara datang berhimpun di Bukit Aman.

Abdul Hadi ditahan polis di KL Sentral bersama setiausaha politiknya, Dr Shamsuri Mokhtar dan dibawa naik ke trak polis.

Beliau kemudiannya di bawa ke Balai Polis Jinjang.

Dari sana, Abdul Hadi dimaklumkan dibawa ke IPK Kuala Lumpur oleh sebuah kereta polis.

Selain Abdul Hadi, turut ditangkap adalah lebih 500 peserta perhimpunan termasuk pemimpin kanan Bersih dan Pakatan Rakyat di samping Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Mohamad Sabu, Azmin Ali, Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Tian Chua dan lain-lain turut ditangkap.

Kesemua mereka masih ditahan dan besar kemungkinan terpaksa tidur di pusat tahanan malam ini.

LAPORAN MALAYSIAKINI PULA BERBUNYI BEGINI!!!

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan petang ini selepas memberi kenyataan di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Bercakap selepas dibebaskan pada jam 6.30 petang ini, Ambiga mengucap syabas kepada rakyat Malaysia yang keluar beramai-ramai menyertai perarakan BERSIH hari ini.
“Apa yang boleh saya katakan ialah syabas rakyat Malaysia, kita tidak berjaya ditakutkan.

“Ini bukan sahaja lagi mengenai pembaharuan pilihan raya. Apa yang kami capai hari ini adalah kehendak rakyat yang mahukan proses pilihan raya yang lebih canggih. Ini telah membuka mata rakyat, dan ini telah kita capai,” kata Ambiga.

Beliau adalah antara tujuh orang terawal yang ditahan di IPK KL, yang telah dibebaskan.

Selain Ambiga dan Hadi, lima orang lagi ialah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dan Yudas Rubis, anak bungsu Datuk Seri Anwar Ibrahim - Nurul Iman - dan dua yang lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah berkata kesemua semua tahanan akan dibebaskan oleh malam ini.

Seramai 1,667 ditahan sewaktu perarakan BERSIH di ibunegara hari ini.


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code