![]() |
| Jika musuh adalah polis....??? |
Pendekatan yang diambil seperti mencegah lebih baik dari mengubati ini dilihat semakin terdesak pihak polis yang menjurus ke arah menampakkan kelemahan pentadbiran sendiri. Apa salahnya jika rakyat mahu berkumpul?
Apa bezanya dengan melihat sebuah perlawanan bola sepak?
Apa sebenarnya yang tidak mampu polis buat sedangkan berbilion-bilion kelengkapan perang dan keselamatan dibelikan kerajaan, berbilion-bilion pula wang dibelanjakan untuk menaikkan gaji polis dalam tempoh lima tahun ini sudah berapa kali gaji polis naik?
Takkan untuk mengawal dengan bijaksana perhimpunan yang bakal diadakan kelak oleh Bersih tidak mampu dikawal?
Takkan polis hanya ingin melakukan kerja senang dengan hanya mencari akta-akta yang sesuai untuk digunakan bagi membanteras Bersih? Takkan itu saja!!!
Takkan polis bertindak sebagai sebuah parti politik yang hanya tahu menggunakan 'kuasa mulut' mereka sahaja dengan mengugut dan mengancam rakyat yang sepatutnya mereka jaga keselamatannya. Jika polis menggunakan pendekatan seperti ini lebih baik polis juga didaftarkan sebagai sebuah parti politik dan meletakkan calon mereka untuk bertanding...ini lebih senang!!!
Mengapa pula polis begitu menyibukkan diri dalam soal ini?
Selain menuduh Bersih sebagai kotor dan berpaksikan politik, menuduh bersih ini sebagai sebuah perhimpunan haram kerana tidak berdaftar...bukankah ini satu kelucuan.
Sepatutnya kerja polis hanya MENGAWAL KESELAMATAN PERJALANAN PERHIMPUNAN INI. Bukan mencampuri urusan penganjuran Bersih...!!!
Jika Bersih benar-benar tidak aman dan huru-hara, barulah polis, atau bapak polis ambil tindakan...bukan bergulai dulu baru sembelih...!!!
Latihan pencegahan rusuhan bertubi-tubi dijalankan...bila lagi nak guna? Jika takut tak payahlah susah-susah buat latihan, tak payahlah kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk memberi kemudahan kepada polis bagi keselamatan rakyat. Cukup dengan menggunakan 'kuasa mulut' saja maka segalanya akan selesai....
Beginilah nasib bila pembersih seperti sabun yang dianggap pencuci untuk mencuci segalanya tapi tercemar dan berkuman, apa lagi yang boleh digunakan untuk membersih...
Apa lagi yang boleh diharapkan jika sabun sudah berkuman...!!!!
Jika tukang gunting menggunting sendiri rambutnya...!!!!
Jika doktor membedah sendiri jantungnya...!!!! Apa lagi yang boleh diharapkan...!!!!
Jika polis yang sepatutnya menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat sebaliknya kini mengancam dan mengugut rakyat....!!!
Apa lagi yang boleh diharapkan jika sabun sudah berkuman...!!!!

0 comments:
Catat Ulasan