Ahad, 10 Julai 2011

PENIAGA RUGI RM100 JUTA??? PADAN MUKA SIAPA SALAH...NAJIB YANG PATUT DIPERSALAHKAN

TV3 tidak henti-henti menyiarkan kesalahan dan meletakkan kerugian peniaga Umno sebagai satu kesalahan di pihak penganjur Bersih. Satu lagi yang paling tidak bertamadun ialah menyatakan pula bahawa Bersih ini menderhaka kepada YDPA. Lucu sungguh wayang Umpornongok ini. Padahal semua orang tahu...titah YDPA agar Bersih ini dibuat di stadium. Sekali lagi telah dinafikan kebenaran YDPA ini dipermainkan setelah Umpornongok tidak memberikan permit dan kluk klek.

Umpornongok ini telah banyak kali menipu dengan menggunakan berbagai kaedah dan taktik kotor...Sudahlah...semua orang sudah tahu...

Laporan yang disiarkan jelas menunjukkan kerugian dan permasalahan yang timbul akibat Bersih 2.0 adalah disebabkan oleh polis dan umno...

Lagipun polis menyatakan dengan bangga bahawa mereka berjaya mematahkan Bersih dan mengawalnya dengan sempurna. Takkan jika berjaya akan mengalami kerugian??

Ini jelas menunjukkan polis GAGAL...

Baca laporan berikut....

SHAH ALAM 10 JULAI : Polis di-Raja Malaysia (PDRM) diingatkan supaya tidak menggunakan sebarang bentuk kekerasan dan bertindak ganas bagi meleraikan sebuah demonstrasi aman seperti yang berlaku semalam.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebaliknya berkata, polis seharusnya menggunakan budi bicara dan memainkan peranan penting dalam mengawal keadaan supaya perhimpunan yang diadakan berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi memandangkan para demonstran tidak bersenjata mahupun mendatangkan bahaya.

Justeru Khalid mempersoalkan mengapa PDRM tidak berupaya mengawal sesebuah perhimpunan supaya ia berlangsung dengan aman sama seperti di negara maju lain yang turut mengamalkan sistem demokrasi.

"Perhimpunan Bersih hari ini (semalam) sepatutnya berjalan dengan aman tanpa sebarang insiden tetapi kerana keegoaan polis yang bertindak melampaui batas telah menyebabkan perhimpunan ini berlaku sebaliknya.

"Ramai orang awam termasuk pemimpin parti politik yang mahukan keadilan dalam sistem pilihan raya di negara ini, telah cedera dan dirawat di hospital," ujar Khalid dalam satu kenyataan media.

Khalid seterusnya meminta pihak berkuasa supaya membebaskan individu yang ditangkap dengan segera.

Ini kerana katanya, para peserta demonstrasi hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat dalam sebuah negara demokrasi di mana rakyat bebas bersuara dan berhimpun seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya lagi, ancaman dan kekerasan oleh pihak polis tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.

Beliau juga turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia sewaktu perhimpunan aman tersebut berlangsung.



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code