Khamis, 14 Julai 2011

PENGUNDI HANTU MEMANG WUJUD SEBAB ITU UMNO GERUN

Kewujudan pengundi yang entah dari mana datang tup-tup boleh mengundi menjadi satu tanda tanya, mengapa tuntutan Bersih itu sukar untuk dilaksanakan. Padahal ianya kebaikan untuk semua. Konon nak berbincang dengan kaedah diplomasi....takkan dilayannya. Sedangkan melalui proses mahkamah juga setiap dakwaan akan berpihak kepada parti kerajaan..Apa ni?

’Pengundi hantu’ pernah gempar di mahkamah

KOTA BHARU, 14 Julai: Pada 29 Jun 2009 Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Hasan Lah mengakui keterangan beberapa saksi pempetisyen ‘ada orang lain yang mengundi menggunakan nama dua pemilih berdaftar’.

Biar pun kes tersebut ditolak, namun beliau berpuas hati terhadap hujah ada orang lain yang mengundi menggunakan nama Yusof Harun dan Zainab Mat Jusoh pada pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir, Disember 2008.

Menurutnya mahkamah tidak dapat membuat kesimpulan bagaimana perkara itu boleh berlaku.

Sebelumnya pada 4 Januari 2009 PAS mengemukakan petisyen bagi mencabar keputusan pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir, 6 Disember 2008 ekoran wujud dakwaan beberapa penyelewengan.

Pada pilihan raya kecil tersebut calon BN, Hanafi Mamat mengatasi calon PAS, Hanifa Ahmad dan calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali dengan kelebihan 134 undi.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2008 Hanafi yang juga Ketua Umno Pasir Mas gagal mempertahankan kerusinya apabila tewas majoriti 2,348 undi kepada Hanifa.

Anehnya sehingga sekarang mengapa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalan pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar asyik menafikan kewujudan pengundi berganda.

Malah mereka bermati-matian mempertahankan senarai daftar pemilih dikeluarkan SPR dianggapnya bersih dan tidak pernah wujud pengundi hantu.

Perkara itu juga pernah dipertahankan bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sehingga mendakwa pembangkang mencipta perkara tidak wujud.

Mampukah mereka menolak hujah yang dikemukakan di mahkamah apabila ada pengundi yang datang mahu membuang pulang hampa kerana ada pihak lain sudah membuang undi menggunakan nama dan kad pengenalannya.

Isu inilah yang diperjuangkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Pada pilihan raya umum lalu juga ditemui seorang lelaki memiliki beberapa keping kad pengenalan yang pulang untuk membuang undi di Dun Bukit Panau dan Gual Ipoh di Tanah Merah...

(Ikuti pelbagai pendedahan dalam Harakah edisi cetak yang berada di pasaran sekarang. Juga ada pengakuan bekas pegawai kanan SPR).


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code