Memang benarlah andai penganut agama lain yang tinggal di negara yang berpayungkan Islam sebagai agama rasminya. Begitu juga umat Islam terutama yang pernah belajar di universiti kertas tamadun dunia yang merangkumi pelbagai trasisi agama dan budaya terpaksa kita pelajari. Pendek kata konteks asas agama Buddha, Hindu, Kristian serta kitab-kitabnya selalu menjadi bahan dan kajian dalam menyempurnakan kertas kerja Tamadun Dunia. Jadi tidak salah dan amat wajar sekali sekiranya penganut agama lain menjadikan Islam sebagai satu cabang ilmu buat mereka agar lebih memahami budaya dan peradaban Islam dengan lebih jitu dan baik...
KUALA TERENGGANU, 14 Julai: Mempelajari tentang Al-Quran dan al-Hadis merupakan suatu tuntutan yang bukan sahaja terpaksa digalas oleh seluruh umat Islam tetapi juga turut digalakkan ke atas orang yang bukan Islam.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, ini kerana Al-Quran dan hadis merupakan sumber rujukan untuk kesejahteraan sekalian manusia.
“Sebagai orang Islam kita seharusnya menggalakkan penganut agama lain mempelajari tentang al-Quran dan hadis untuk mengenal Islam secara lebih mendalam dan bukannya mengherdik dan bertindak di luar akhlak Islam yang akhirnya menjauhkan bukan Islam dengan Islam,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas tindakan seorang Adun BN di Selangor yang mempertikaikan tindakan salah seorang Adun DAP yang membaca hadis.
Perkara tersebut disiarkan dalam salah satu akhbar perdana kelmarin yang bertajuk ‘Adun DAP tak layak berhujah guna hadis’.
Berdasarkan laporan berita tersebut, Adun Umno itu dipetik berkata: “Saya ingin bertanya kenapa beliau bercakap soal Islam sedangkan beliau tidak beriman kepada Islam. Kami orang Islam pun tidak berani berhujah kerana takut terpesong daripada maksud hadis”.
“Bagaimana mereka ingin mengenali Islam kiranya kita menghalang mereka untuk mendekati Islam.
“Sekiranya ada kesilapan dalam kefahaman, maka menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam membimbing dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang tidak ‘mesra’ yang akhirnya mereka lari daripada memahami ajaran Islam,” jelas Ustaz Harun yang juga Adun Manir.
Beliau menjelaskan, PAS bersikap ‘menerang dan bukannya menyerang’.
Justeru, katanya Umno wajib sedar bahawa Al-Quran dan hadis adalah sumber hukum.
“Jika Umno benar-benar ikhlas cintakan al-Quran dan hadis, maka sokonglah agenda Islam yang dibawa oleh PAS,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan