Khamis, 14 Julai 2011

Penerbit filem Raja Azmi ditahan gagal hadir mahkamah

SHAH ALAM, 14 Julai — Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman ditahan di rumahnya 12 tengah hari tadi dan dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam atas perintah waran tangkap terhadapnya kerana gagal hadir perbicaraan kes saman sivil.

Ini adalah kali ketiga Raja Azmi, 52, isteri pemain badminton negara Jalani Mohd Sidek, dikenakan waran tangkap bagi kes yang sama kerana gagal hadir ke mahkamah.

Laporan Berita Harian menyebit dalam prosiding hari ini, Hakim Datuk Lim Yee Lan membenarkan Raja Azmi diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin sebagai syarat supaya dia hadir dalam perbicaraan kes akan datang pada 22 Julai ini.

Pada Ogos tahun lalu, Raja Azmi ditahan kerana kegagalannya hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi keterangan sebagai saksi dalam kes saman sivil berhubung penjualan tanah berharga RM5.9 juta.

Hakim Datuk Lim Yee Lan mengeluarkan waran tangkap terhadap penerbit filem “Dalam Botol” itu kerana kegagalannya hadir pada 12 Julai 2010 yang menyebabkan prosiding mahkamah terganggu sekali gus mengakibatkan kelewatan perbicaraan kes tersebut.


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code