PSM6, yang ditahan kerana ingin menyertai perhimpunan Bersih yang diharamkan UMNO baru-baru ini didesak oleh pelbagai pihak termasuk MIC sendiri agar membebaskan tahanan itu. Namun menurut pegawai yang ditemui, mereka ini memang wajar ditahan dibawah EO iaitu adik beradik ISA kerana cuba menghangatkan kudis lama dan termaktub dalam perundangan Malaysia. Kudis lama yang dimaksudkan ialah memiliki baju yang mengagung-agungkan Chin Peng, musuh nombor satu Malaysia dan mengagung-agungkan perjuangan komunis.
Antara sebab itu maka satu kesalahan boleh diambil terhadap mereka di bawah ordinan darurat. Ordinan ini boleh membawa penahanan selama 60 hari tanpa bicara.
Dari sudut logik memang perkara ini tidak patut terjadi kepada mereka. Tapi menurutnya lagi mengapa mereka ini menggunakan gambar dan ideologi komunis yang ternyata tindakan itu boleh membawa kepada satu kesalahan. Apakah mereka tidak tahu kesalahan itu? Mengapa mereka bertindak secara kurang bijak dengan mencetak gambar musuh Malaysia bukan musuh kepada UMNO sahaja?
Sekalipun mereka ingin memprotes kerajaan, jangan menimbulkan sentimen yang telah termaktub dalam perundangan Malaysia. Mengapa tidak pakai baju PSM yang sah, Logo PSM? Mengapa harus membuat provokasi yang menyentuh perundangan Malaysia?
PSM6, mengikut prosedur biasa wajar ditahan kerana ada unsur kesalahan, tapi kesalahan yang dibuat itu dari sudut tertuduh memang tidak berbaloi dengan penahanan. Namun itulah hakikat terpaksa dibayar demi perjuangan mereka yang hanya benar di sisi mereka tetapi belum tentu benar di sisi orang kebanyakan.
Sehubungan itu, pihak yang menggembar-gemburkan isu penahanan mereka ini, tidak perlu dihiraukan. IGP dan AG sependapat dalam menangani isu berkaitan.
Kesimpulannya, jangan cuba bermain api dengan mempersendakan perundangan yang sedia ada. Ini satu ketetapan.
Khamis, 28 Julai 2011
Penahanan PSM6: Wajar tapi tidak berbaloi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan