APAKAH untuk melihat perlawanan bola sepak juga perlu berpersatuan??? Apakah untuk menyertai hari kemerdekaan negara juga mesti dibuat persatuan??? Bangang sungguh pemimpin Umno ni, setelah diludah dijilat kembali...
Mengapa begitu takut sangat dengan Bersih ini, apakah benar SPR menyeleweng?? Apakah Umno gerun. Dayus sungguh mereka. Sedangkan nak buat perjumpaan dengan para penentang kerajaan kena buat Persatuan...Padahal ini sebuah negara demokrasi.
Membekukan semua permit bas sementara juga dilihat sebagai satu rancangan jahat dan dengki Umno terhadap orang yang cuba merampas kuasa daripada mereka. Dasar komunis ini rupanya diamalkan Umno selama ini, patutlah beria-ria sangat mengharamkan komunis rupanya doktrin komunis ini diserap ke dalam Umno. Tiru komunis rupanya.
benar seorang pemimpin yang dianggap hebat dalam kalangan mereka sebenarnya seorang yang benar-benar dusta. Penipu besar yang menerajui negara ini masih lagi dianggap hebat dan yang paling pelik boleh pula menjadi Kepala Negara. Lebih baiklah andai dijadikan kepala hotak saja....
Hanya selepas beberapa jam berucap membenarkan perhimpunan Bersih diadakan di Stadium Merdeka, kini pendusta ini kluk klek dan mencari pelbagai alasan setelah timbul desakan dan pertikaian dalaman parti UMNO. Konco-konconya menyatakan pertentangan dengan keputusan yang dibuat menyebabkan proses mencanang agar Bersih dibatalkan berputar ligat dengan mentafsirkan Bersih ini sebagai sebuah PERSATUAN. Bangang sebangang-bangangnya UMNO yang menyatakan Bersih ini sebagai sebuah Persatuan dan harus didaftarkan....
Bersih bukanlah satu badan yang membentuk persatuan. Bukan. Bersih ini adalah satu desakan rakyat untuk mendesak kerajaan yang memerintah supaya mengadakan satu proses pilihan raya yang adil dan telus. Bukan satu pertubuhan. Bersih adalah rakyat, dan rakyat BUKAN Persatuan.
Mengapa begitu banyak pemimpin Umno yang bongok di Malaysia ini, atau sengaja buat-buat bongok? Bersih tidak perlu didaftarkan kerana dia bukanlah satu PERSATUAN. Tafsiran kepada Persatuan ini hanya dibuat oleh Umno semata-mata. Umno yang melabelkan Bersih ini sebagai Persatuan dengan alasan agar Bersih ini tidak mampu untuk dilaksanakan kerana terdapat berbagai rintangan dan halangan birokrasi terlebih dahulu.
Meskipun Ke Bawah Duli Tuanku YDPA telah menyatakan supaya Bersih ini dilaksanakan dengan aman dan berhimpun di bawah satu bumbung, namun ini juga dinafikan oleh Najib selaku Bendahara negara. Bukankah ini satu keputusan yang bertentangan dengan Agong...bukankah ini juga suatu sikap yang menentang Agung? Kalaulah perkara ini berlaku kepada parti pembangkang rasanya sudah lama perlakuan tersebut didakwa oleh UMNO.
Masih adilkah demikian?
Masih demokrasi lagikah negara ini?
UMNO patut diharamkan kerana telah menderhaka kepada YDPA. Tidak perlu berdolak dalik lagi, Agong dah luluskan Bersih si Lakhabau dua tiga ini selaku penderhaka negara dan Pendusta besar negara patut dikenakan tindakan ISA sahaja kerana menentang titah Duli Tuanku. Dasar dilahirkan dengan benih menipu, sampai bilapun akan terpalit dengan unsur menipu negara, apa yang lebih teruk ialah menipu diri sendiri.
Masih adakah lagi unsur yang dikatakan telus ini? Telus kepala bawah kuttt!!!
Rakyat yang sedar dah lama sedar tapi rakyat yang bangang akan terus bangang sepanjang masa...tiada lagi hidayat yang bakal diberikan kepada orang sebegini selain kemampusan saja yang menamatkan segalanya...


0 comments:
Catat Ulasan