Isnin, 11 Julai 2011

MUFTI HISHAM BERFATWA LAGI MENGIKUT AGAMANYA!!!

..adoii wa tak mahu demo lagi  bos...ampun!!!
Dengan gah dan bangga sekali lagi 'Hisham berfatwa' dengan mengatakan sesiapa yang menyiarkan gambar mahupun video perlakuan ganas polis terhadap peserta Bersih 2.0 mereka akan didakwa dan dikenakan hukuman yang berat kerana menfitnah.

Mufti Hisham 24 jam sebelum kejadian Bersih 2.0 telah berfatwa dengan 'mengharamkan' Bersih dan menyatakan perhimpunan itu bertentangan dengan demokrasi Umno (agamanya). Fatwa yang terlewat ini telah menimbulkan kesan yang sangat tragis kepada salah seorang peserta Bersih 2.0 sehingga membawa kepada kematian.

Hisham berfatwa sekiranya Bersih diadakan di luar KL maka ianya akan dihalalkan dengan serta-merta dan diberi kelulusan permit dengan segera. Namun akibat kenyataan yang sering berubah-ubah itu telah menimbulkan banyak masalah kepada Bersih yang telah sekian lama dirancang dengan begitu teliti sehinggakan menarik minat YDPA lantas meminta agar penganjur Bersih mengadap bagi menjelaskan duduk sebenar perkara tersebut.

A. Samad Said yang turut sama mengadap Agong menyatakan dengan jelas bahawa memorandum itu akan diserahkan pada 9hb Jul 2011, mana mungkin perkara itu akan berlaku sekiranya ia dibuat di luar KL? Lagi pula kebenaran yang berubah-ubah ini telah membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat dan peserta Bersih keseluruhannya.

Setelah fatwa pertama dinyatakan kini fatwa kedua pula dikeluarkan dengan memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang menyatakan keganasan polis pada Bersih 2.0 bakal menerima padah dan berdepan dengan mahkamah agamanya iaitu Umno. Nampaknya tak lama lagi ramailah para blogger yang anti kerajaan akan dihukum dan dibedil dengan gas pemedih mata...

Ikuti laporan ini: by Malaysiakini

Hisham nafi polis bertindak ganas, amaran pada media

Berdepan dengan pelbagai dakwaan bertindak ganas sewaktu perarakan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, polis akan mengeluarkan rakaman visual bagi menafikan perkara tersebut, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau memberi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka
"dalam media yang telah membuat dakwaan tidak berasas".

"Kami mempunyai rakaman visual di dalam bilik operasi kami.

"Apa sahaja yang telah didakwa akan disiasat dengan bukti kukuh, dan tindakan akan diambil terhadap mereka di Internet dan media asing yang telah membuat dakwaan tidak berasas," katanya dalam sidang akhbar di ibupejabat polis persekutuan di Bukit Aman hari ini.

Katanya, polis akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyiasat dakwaan yang tidak benar terhadap polis, dan mengambil tindakan sewajarnya.

Bagaimanapun, Hishammuddin enggan mengesahkan dakwaan keganasan polis, termasuk serangan gas pemedih mata dan meriam air
ke dalam kawasan Hospital Tung Shin Hospital pada hari Sabtu, serta dakwaan bahawa Baharuddin Ahmad - yang meninggal dunia selepas ditangkap oleh pihak polis semasa perarakan itu - telah dinafikan rawatan perubatan sewaktu ditahan.

"Kami mempunyai rakaman tertentu. Jika apa yang didakwa tidak mempunyai bukti, mereka yang melaporkannya ia akan dibawa ke muka pengadilan," katanya berulangkali apabila ditanya mengenai serangan gas pemedih mata dan meriam air di kawasan Hospital Tung Shin itu.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code