Dalam diam tak diam, rupanya sekali lagi Mufti Hisham berfatwa, dengan mengatakan ramai daripada peserta bersih baru-baru ini telah membuat laporan palsu dan sesiapa yang terlibat akan didakwa. Siapakah agaknya yang berani berbuat demikian? Sementelah laporan itu dibuat kepada polis. Sedangkan polis yang melakukan kezaliman.
Dakwaan laporan palsu ini hanya persepsi polis semata-mata. Jika berlaku keganasan sekalipun polis akan menafikannya kerana mungkin mereka ini tiada bukti yang mencukupi seperti gambar dan video misalnya. Jadi mudahlah bagi polis mengatakan kejadian itu tidak pernah berlaku, walaupun ianya benar-benar berlaku.
Sedangkan Mat Sabu sendiri yang cedera parahpun, entah dari mana video yang diambil atau mungkin lakonan semula dijalankan sebab itu muka Mat Sabu tidak kelihatan, lagipun masa yang begitu lama untuk mendedahkan maklumat tidak mustahil untuk dilakonkan semula. Sebab video yang dipaparkan tidak jelas sama sekali. Cukuplah anda semua menipu rakyat sendiri. Sudah-sudahlahh..
Hisham sekali lagi menyatakan dakwaan dimahkamah sebagai pengajaran orang yang menipu, padahal siapa sebenarnya yang menipu? Pemimpin sebegini tidak boleh jadi pemimpin kepada rakyat. Sisatlah dulu jangan main hentam saja. [klik sini]
Manakala Muhyiddin juga seratus peratus percaya bahawa video polis itulah yang sebenarnya terjadi, manakala yang ada dalam youtube itu semuanya bohong belaka, begitulah diumpamakannya. Apakah permainan ini, logik ker?
Apa yang polis kata semuanya dianggap betul oleh Muhyiddin, orang lain semua salah....Inikah pemimpin yang sejati? Pembela rakyat? Rasanya bukan sama sekali...bukan...Sudahlah pembaca sekalian...Usahlah percaya lagi kepada pemimpin yang seperti ini!!! [klik sini]
![]()
Sabtu, 23 Julai 2011
MUFTI HISHAM BERFATWA LAGI DENGAN BANGGANYA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan