Apa yang pakdoe talah bincangkan kelmarin memang tepat sekali. G. Palanival dengan secara tidak langsung mempelawa PSM menyertai Barisan Nasional. Secara sinis tapi tersusun di sebalik kata-kata. Jelasnya pembebasan PSM setelah didorong oleh tekanan pelbagai pihak yang berakhir dengan desakan MIC sendiri, sekali gus MIC sebagai badan yang secara tidak langsung telah berjasa kepada pembebasan PSM. Meskipun tidak dituju secara khusus tapi itulah gambarannya.
PUTRAJAYA 31 Julai – Parti politik berasaskan kaum India di negara ini boleh menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai ahli gabungan atau bersekutu sahaja dan tidak sebagai parti komponen, kata Presiden MIC, Datuk G.Palanivel.
Katanya, parti serpihan kaum India yang mesra BN boleh menjadi ahli gabungan atau bersekutu dan MIC tidak akan membantah.
"Tetapi sebagai parti utama mewakili masyarakat India, kami tidak benarkan keahlian penuh dalam BN dan sekiranya berlaku, kami akan keluar,” katanya pada sidang media selepas menutup Perhimpunan Agung MIC ke-65 di sini hari ini.
Katanya, MIC selama ini menjadi parti politik terbesar mewakili masyarakat India dalam BN dan ia tidak akan membenarkan sebarang parti serpihan kaum India diberikan peranan atau hak yang sama.
Bagaimanapun katanya, partinya menjemput parti serpihan tersebut menyertai MIC dan menjelaskan ada sebilangan daripada mereka memberi reaksi positif.
Antara parti politik berasaskan kaum India ialah Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF), Malaysia Makkal Sakti (MMS) dan Parti Bersatu India Malaysia (MIUP).
Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) menjadi ahli bersekutu UMNO sejak 27 Ogos, 2010.
– Bernama
Ahad, 31 Julai 2011
MIC UNDANG PSM SERTAI BARISAN NASIONAL?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan