Persoalan yang tidak perlu diskusi yang panjang untuk mengetahui status kelayakan Brahim Ali. Ramai yang membidas tentang kesudian beliau untuk menaja anugerah kepada pelajar di UiTM yang memberi sumbangan dan memartabatkan bangsa Melayu. Ahli Parlimen Pasir Mas ini tidak disenangi lantaran sikapnya yang bersikap kontroversal dan membabi buta dalam segala hal.
Apakah tujuan UiTM mengadakan penganugerahan ini secara terperinci tidaklah diketahui, tetapi logiknya Brahim Ali cuba mengalih arah mencari sedikit ruang dalam golongan remaja di institusi pengajian tinggi, sasaran pertamanya ialah bekas universitinya, sekiranya berjaya bertapak di sini mungkin ianya akan berhijrah ke IPT yang lain pula. Perubahan angin ke dalam IPT dilihat sebagai satu jalan 'lain' setelah gagal mencapai misinya dalam menghalang Bersih 2.0 daripada berlangsung. Sikap 'kecut perut' Brahim Ali ini menghadapi Bersih 2.0 sebagaimana yang di'nganga'nya tidak menjadi kenyataan, 'konon' tidak mahu menderhaka kepada Agong - alasan sedemikian adalah satu 'alasan budak sekolah'saja.
Brahim Ali sebagaimana yang diketahui tidak akan berputus asa untuk mencapai cita-citanya sebagai Perdana Menteri Malaysia, biar yang ke-51 sekalipun.
Andai misi anugerah ini berjaya dilaksanakan. Siapakah pelajar yang 'bertuah' itu? Sekali imbas ada baiknya juga kerana hadiah yang diberi bukan sedikit-RM 5000, siapa nak bagi pada student yang sentiasa lapar dan sengkek ni...(pengalaman)
Tapi bila diteliti dan disemak RM5000 ini bukanlah besar berbanding cemuhan dan bidasan orang kelak. Bagi yang berjiwa besar dan 'memerlukan' mereka sanggup menerimanya demi bakti yang konon dicurah untuk memperjuangkan Melayu harus dibalas. Namun sedarkah bahawa niat sebenar penaja itu adalah untuk 'membeli' anda dan sekali gus keikhlasan dalam perjuangan anda langsung tiada. Pegiktirafan yang tidak diiktiraf ini sekadar menjual peribadi dan maruah sendiri saja!
Kesimpulannya jika anda seorang penerima anugerah, terimalah...krahhh krahhhh krahhh apple lerrr!!! [klik di sini]
0 comments:
Catat Ulasan