Rabu, 13 Julai 2011

Lagi seniman mengecam siasatan polis ke atas Samad Said

Satu lagi senarai sejumlah 127 orang seniman mengeluarkan kenyataan untuk mengecam siasatan polis ke atas Sasterawan Negara, A.Samad Said. Malah, komuniti semiman ini mendakwa bahawa "gangguan/penangkapan yang telah dan sedang berlaku tidak akan menyebabkan kami seniman Malaysia berhenti menyokong hak rakyat untuk bersuara dan berekspresi."

Pagi tadi, sekumpulan seniman mengeluarkan satu kenyataan bersama, mempertikaikan tindakan polis menyoal-siasat A. Samad Said (gambar kanan) di bawah Akta Hasutan dan Akta Polis. 【Baca: Tindakan polis ke atas A.Samad Said mencungkil ketidakpuasan masyarakat kesenian】

Berikut adalah kenyataan penuh yang disokongan 127 orang seniman:

Para seniman mengecam siasatan polis ke atas Datuk A. Samad Said, Sasterawan Negara, kerana bacaan sajak sewaktu pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun 2011 di Dewan Perhimpunan Cina.

Para penulis dan seniman tanah air, tanpa mengira disiplin mahupun latar belakang, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis menyiasat Sasterawan Negara A. Samad Said, 76, atas tuduhan menghasut.

Samad telah dipanggil polis pada 25 Jun 2011 kerana membaca sajak sewaktu pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun. Beliau dimaklumkan bahawa beliau disiasat bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967 kerana pembabitan dalam sebuah perhimpunan haram.

Kami para seniman dan penulis cukup terkejut mendengar bahawa kononnya membaca sebuah sajak itu suatu tindakan yang menghasut. Dalam konteks penangkapan yang cukup banyak dilakukan masa kini terhadap pesimpati perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan berlangsung 9 Julai ini, kami percaya siasatan ke atas Samad ini tidak lain dan tidak bukan adalah suatu tindakan gangguan dan intimidasi. Dan siasatan ke atas Ambiga Sreenevasan, Pengerusi BERSIH 2.0, dan sesiapa sahaja yang memakai kemeja T kuning, turut kami sifatkan sedemikian.

Oleh itu, kami sebagai warga negara Malaysia, tidak bersetuju dengan tindakan sedemikian.

Kami, para seniman bernama seperti di bawah, dengan ini menyatakan:

1. Bahawasanya setiap warga negara berhak untuk bersuara dan menyatakan pendapat mereka mengenai isu-isu nasional. Warga negara Malaysia berhak untuk bersuara, dan juga berhak untuk berhimpun secara sah di sisi undang-undang.

2. Gangguan/penangkapan yang telah dan sedang berlaku tidak akan menyebabkan kami seniman Malaysia berhenti menyokong hak rakyat untuk bersuara dan berekspresi.

3. Penangkapan-penangkapan ini juga tidak akan menghalang seniman Malaysia dari menzahirkan karya-karya yang mencabar status quo dan berkata benar tentang korupsi, ketidakadilan, kezaliman dan lain-lain bentuk penindasan terhadap demokrasi negara.

4. Bahawa kebebasan bersuara atau berekspresi dikatakan patut dihadkan dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia, tetapi had-had tersebut tidak termasuk tindakan menakut-nakutkan pengkarya dan juga penangkapan seniman hanya kerana mereka menyuarakan pendapat, walaupun ianya mungkin bersifat menjelikkan bagi sesetengah pihak.

5. Bahawa A. Samad Said ialah seorang tokoh masyarakat yang dihormati di dalam mahupun di luar negara, dan mampu memberi pimpinan dan bimbingan demi maslahat umum.

6. Bahawa seruan "Pilihan raya yang Bebas dan Adil" adalah tuntutan yang sah dan munasabah, dan kami menyokongnya sepenuh hati.

Kami, para seniman dan penulis, berkata HENTIKAN taktik-taktik intimidasi terhadap A. Samad Said dan semua yang mengimpikan sebuah Malaysia yang lebih baik.

Yang benar/Undersigned
1. PERSATUAN SENI RUMAH AIR PANAS
2. FIVE ARTS CENTRE
3. THE JUMPING JELLYBEANS SDN BHD
4. RUMAH ANAK TEATER
5. INSTANT CAFÉ THEATRE
6. THE PARKING PROJECT

1. Kee Thuan Chye
2. Farish A Noor
3. Anne James
4. Marion D’Cruz
5. Nur Hanim Khairuddin
6. Wong Hoy Cheong
7. Rahmat Haron
8. Chai Chang Hwang
9. Yap Sau Bin
10. Eddin Khoo
11. Janet Pillai
12. Fahmi Fadzil
13. Dr. Siti Zainon Ismail
14. Mano Maniam
15. Jo Kukathas
16. Sharaad Kuttan
17. Pyanhabib Rahman
18. Yee I-Lann
19. Tengku Sabri Tengku Ibrahim
20. Goh Lee Kwang
21. Joe Kidd
22. Hasnul Jamal Saidon
23. Elizabeth Cardosa
24. Lim Kok Yoong
25. Chuah Chong Yong
26. Ismail Hashim
27. Lee Kian Seng
28. Sharon Chin
28. Ng Seksan
30. Chong Kim Chiew
31. Koh Cheng Kuan
32. Chan Kok Hooi
33. Bernice Chauly
34. Loo Hoe Tiang
35. Amir Zainorin
35. Abdullah Jones
36. Dr.Carmen Nge
37. Goh Sze Ying
38. Tshiung Han See
39. Bebek
40. Adeline Ooi
41. Beverly Yong
42. Au Sow Yee
43. Jason Tan
44. Iskandar Razak
45. Wong Pey Yu
46. Wong Eng Leong
47. Shanthini Venugopal
48. Charlene Rajendran
49. Shieko Reto
50. Ezrena Marwan
51. Rachel Jena
52. Chi Too
53. Daniel Chong
54. Zedeck Siew
55. Al-Jafree Md. Yusop
56. Nusratnajwani Bt.Mohammad
57. Tey Tat Sing
58. Ili Farhana
59. Roopesh Sitharan
60. Low Yi Chin
61. Tan Ru Yi
62. Leong Ching Foon
63. Tan Ming Jie
64. Nyu Ka Jin
65. Ise Aka Roslisham Hashim
66. Hamidon Bin Ahmed
67. Christina Kang
68. Shaffiq Ahmad
69. Lim Li Wen
70. Tan Hui Koon
71. Tan Sei Hon
72. JC Wong
73. Dr.Goh Beng Lan
74. Lui Thai Hong
75. Munkao
76. Chifong Foo
77. Chang Fee Ming
78. Gan How Ming
79. Patricia Leong
80. Meor Khairol Nizam Bin Meor Nazro
81. Phuan Thai Meng
82. Chai Chik Ying
83. Suzanne Chin Suk Ching
84. Jason Lai
85. Ng Ee Ching @ Candice
86. Tc Liew
87. Suzy Sulaiman
88. Cheng Yen Pheng
89. Ahmad Syakir
90. Melissa Lin
91. Chong Wu Ling
92. Airmaz
93. Muhammad Tarzizi
94. Yin Shao Loong
95. John Rock
96. Linus Chung
97. Snow Ng
98. Loh Yeen Teng
99. Juria Toramae
100. Koh Nguang How
101. Leong Tzu Ann
102. Ayisha Rahman
103. Nor Akmar Nahar
104. Annabelle Ng
105. Hipodamus
106. Mark Teh
107. Marzuki Mahbob
108. Mohd Aizat Ahmad Tarmizi
109. Ronnie Khoo
110. Saiful Razman
111. Eva McGovern
112. Justin Lim
113. Vincent Leong
114. Joseph Foo
115. Simon Soon
116. Govin Ruben
117. Gan Chin Lee
118. Ayam Fared
119. Wening Cheah
120. Matotytee
121. Valentine Willie
122. Thor Kah Hoong
123. Foo Kee How
124. Carolyn Joan Lau
125. Gan Siong King
126. Sukania Venugopal
127. Foo Fei Ling

Baca: A Samad: Kekejaman mempunyai tarikh lupusnya!

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code