Isnin, 11 Julai 2011

KE MANA HILANGNYA IBRAHIM ALI DAN ZULKIFLI NOORDIN SEMASA BERSIH 2.0?


Inilah kata-kata bodoh ahli Perkasa yang pernah kita dengari !!!
Inikah sikap yang dikatakan sebagai pembela kepada orang Melayu yang sejati? Jika dilihat pada permulaan kempen Bersih 2.0 Ibrahim Ali (BJ) dan Zulkifli Noordin(Zulkulum) ini adalah merupakan golongan awal yang diberi lesen oleh BN untuk menjadi agen dan proksi provokasi menghalang perlaksanaan Bersih 2.0. Namun akhirnya mereka bersembunyi entah di mana. Siapa yang mereka bela sebenarnya?


Dari sudut sejarah kredibiliti kedua tokoh ini bukanlah asing dalam persada politik tanah air yang diceburinya. BJ terkenal dengan sikap yang suka melompat parti dan derhaka kepada kepada tuan yang memberi tiket bertanding di atas parti PAS tapi berbalik semula untuk menyokong UMNO, manakala Zulkulum pula lebih kepada memakan parti sendiri dengan mengkritik dapur sendiri dalam isu yang remeh-temeh. Akhirnya dibuang kerana melanggar peraturan parti.

Kedua-dua manusia ini yang memainkan peranan penting sebagai agen Umno akhirnya menghilangkan diri apabila berlangsungnya Bersih 2.0 yang konon pada mulanya berjuang di atas platform Perkasa. Tiada langsung wajah kedua ini muncul kecuali dengan menghantar wakil lebih kurang dua tiga puluh orang untuk meninjau dari jauh perkembangan Bersih 2.0. Tinjauan dalam restoran di Titiwangsa saja tidak mencukupi untuk mengetahui maksud dan kehendak sebenar rakyat dalam merealisasikan isu pilihan raya agar suci dan bersih dari segenap sudut penipuan.

Ibrahim Ali yang pada mulanya bersubahat dengan Zulkulum melihat bahawa peluang berbakti kepada Umno sebagai tanda 'ingin kembali ke pangkuan' atau meraih nama sebagai orang yang bercita-cita besar dan berjasa ialah dengan mematahkan Bersih dan menghasut agar Bersih ini dipandang sebagai sesuatu yang memecahbelahkan Melayu. Provokasi yang jelik ini bakal menjadi tangga buat mereka untuk mengambil hati Umno dan membuka semula jalan-jalan politik mereka yang telah lama berkubur.

Inilah tujuan mereka pada mulanya. Sebab itulah mereka mengadakan perhimpunan pertama mereka untuk melihat sejauh mana sambutan rakyat terhadap mereka. mereka menjamu pemandu-pemandu teksi dan ahli Perkasa dengan 'sesuatu' untuk kehadiran mereka dan mengeluarkan arahan agar orang lain tidak terlibat dengan Bersih sebaliknya menyertai mereka.






Setelah 2 hari berlangsungnya Bersih 2.0 dengan berjayanya...maka muncullah perukas-perukas bini ini menyalak sekali lagi dengan menghina  Datuk S. Ambiga dan angkatan Bersih yang lain. Tohmahan dan desakan yang menggambarkan ciri-ciri 'kecut seorang pejuang' jelas terpampang di dahi masing-masing. Apatah lagi tuduhan yang besar ialah mengatakan bahawa Datuk S. Ambiga penderhaka negara. Pada hal bila masa pula beliau menderhaka? Sebaliknya beliau dijemput untuk mengadap Agong, sekurang-kurangnya ada juga jemputan. Lainlah dengan Ibrahim Ali siang-siang lagi tidak dipelawa, malah permintaan untuk mengadap juga ditolak oleh Agong...Siapa sebenarnya yang lebih teruk?

Perkasa tewas sebelum berjuang...askar tiada, pedang pun hilang, general yang angkuh jendera (terlelap) di meja....Inilah Perkasa yang hilang keperkasaannya.....mungkin...mungkin perkasa sudah tua...


Inikah tokoh yang ingin dijadikan ikon oleh rakyat? Cakap yang tidak serupa bikin. Di manakah general perang mereka? Apa sudah jadi?

Setelah siasatan dilakukan maka ada kedengaran suara-suara yang mengatakan mengapa Perkasa yang sebelum ini menjanjikan seramai 500,000 orang untuk berkumpul menghalang Bersih bertukar menjadi 2-30 sahaja?

Antaranya:

1. Permohonan BJ untuk mengadap YDPA, langsung tidak dihiraukan istana.

2. Dana dan peruntukan kewangan yang dijanjikan Umno juga tidak diperolehi untuk menaja pendemo-pendemo Perkasa.

3. Umno menarik balik mandat provokasi dengan menyerahkan kepada Pemuda untuk bertindak atas nasihat penasihat politik Umno yang dilantik khas untuk menangani sebarang masalah berkaitan keselamatan negara.

4. Zulkulum dikatakan cirit-birit pada 9 Julai lalu tidak dapat hadir, lagipun tiada orang yang ingin dikerah bagi menyokong mereka walaupun diupah.

5. Permohonan Ibrahim Ali untuk menggunakan Stadium Merdeka juga gagal.

6. Perkasa mula nampak bahawa dia kini mula bergerak secara solo tanpa bantuan mana-mana pihak dan pertembungan yang bakal berlaku adalah dengan Pemuda Umno, selain Bersih 2.0. Ini tidak memberikan kelebihan kepada Perkasa.

7. Ibrahim Ali mula kecewa dengan permainan politik Umno yang akhirnya membuatkan dirinya serasa dipinggirkan dan tidak dipedulikan, akhirnya dia mengambil keputusan untuk bersembunyi bersama keluarga di rumah kerana bimbang kata-katanya tidak menjadi satu kenyataan dan inilah yang terjadi sebenarnya. Ibrahim Ali telah dilabelkan sebagai 'dayus' dan 'bacul' kerana tidak menunaikan janji sebagaimana yang disalakkannya.

8. Ibrahim Ali terpetak (terjamah) tahi yang diberak oleh Zulkulum dan diri sendiri. "Berkokok berdegar-degar, ekor pula bergelumang dengan tahi" inilah Ibrahim Ali atau BJ ( Berahim Juling)

Benarlah kata-kata Mohd Sabu, Perkasa ini hanya seekor nyamuk sahaja!!! Langsung tidak memberi kesan kepada Bersih 2.0. Apa tidaknya...seekor kena tarik telinga, seekor kena jentik batu oleh bini masing-masing akhirnya...sembunyi balik tiang di rumah masing-masing. Krahh krahh krahhh apple lerrr!!!



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code