Khamis, 21 Julai 2011

Kanak-Kanak Mangsa Seret Van Kini Stabil


Kanak-kanak tiga tahun yang menjadi mangsa diseret van hampir seratus meter, kini semakin stabil.

Selain pembedahan plastik pada anggota mangsa yang terkoyak akibat kejadian itu khususnya di bahagian muka, pakar perubatan juga akan merawat saraf mangsa yang tercedera.

Mangsa, Muhammad Haziq Aqasha Muhamad Sazali, diseret hampir seratus meter selepas tali beg galasnya tersangkut pada pintu van tanpa disedari pemandu kenderaan itu.

Kejadian berlaku selepas mangsa dihantar pulang ke rumahnya di Taman Bandar Baru Putra, Bercham, Ipoh pagi Selasa lalu.

Paling serius, mangsa mengalami kecedaraan di bahagian muka dan kepala hingga nampak tempurung kepala.

Menurut Timbalan Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Dr S. Kamalakshi, pembedahan merawat bahagian kulit mangsa kini sedang dilakukan.

Manakala rawatan bahagian saraf akan dilakukan esok.

DR S. KAMALAKSHI / TIMBALAN PENGARAH HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN
Pesakit kini stabil. Tidak ada masalah. Tidak ada kecederaan otak.

Walaupun mengalami kecederaan parah, mangsa masih boleh bercakap.

Malah mampu menceritkan detik-detik kejadian ketika diheret van di hadapan rumahnya sebaik pulang dari taska.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code