Selasa, 19 Julai 2011

Isu Bersih: KDN tapis edisi terbaru The Economist

Perkara memadamkan kenyataan yang benar ini bukan perkara baru, sama seperti memadamkan fail maklumat pembelian cincin yang berharga jutaan ringgit oleh Rosmah, pihak kastam yang mempunyai butiran lanjut terpaksa akur dengan tindakan pemimpin Umno ini untuk menghapuskan bukti. Ini perbuatan koman saja. Sedangkan pembunuhan Altantuya juga dapat dilakukan inikan pula memamadam beberapa kerat ayat dan perkataan...krahhh krahhhh krahhh apple lerrr!!!

KUALA LUMPUR, 19 Julai — Di sebalik usaha pentadbiran Najib mahu memperbaiki imejnya yang terjejas teruk ekoran liputan meluas perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) pula menapis artikel edisi terbaru The Economist menyentuh isu tersebut.

Pihak berkuasa didapati menghitamkan beberapa bahagian pada artikel yang mendakwa pendekatan Putrajaya menangani perhimpunan Bersih 2.0 sabagai satu tindakan keterlaluan kerana “cemburu”.

Beberapa tulisan media antarabangsa juga telah memberikan kritikan pedas mengenai cara Putrajaya menangani isu ini.

Antara bahagian yang dihitamkan, langkah yang lazimnya digunakan oleh Kemenetrian Dalam Negeri, ialah perkataan-perkataan yang menyifatkan tindakan polis sebagai keras dan dakwaan bahawa kerajaan menarik balik tawarannya kepada penganjur perhimpunan untuk menggunakan sebuah stadium.

Artikel itu yang bertajuk “Taken to the cleaners — an overzealous government response to an opposition rally” menyenaraikan urutan kekecohan pada 9 Julai lalu apabila polis menggunakan gas pemedih mata dan air berasid untuk menyuraikan ribuan penunjuk perasaan yang membanjiri di jalan-jalan di ibu negara menuntut pembaharuan pilihan raya.

Meskipun artikel penuh boleh diperoleh secara “online”, KDN menghitamkan empat bahagian, yang salah satunya melaporkan kematian seorang peserta perhimpunan.

Baharuddin Ahmad, seorang ahli PAS dan suami kepada pemimpin PKR, pengsan ketika cuba melarikan diri daripada tindakan polis di kawasan KLCC. Dia kini dianggap sebagai hero oleh kawan-kawannya.

Semalam polis mengumumkan bahawa pihaknya telah menubuhkan enam jawatankuasa bagi menyiasat dakwaan kezaliman polis ketika menguruskan perhimpunan tersebut.

Menurut majalah mingguan ini, Malaysia ada sejarah menapis artikel-artikel yang disiarkan.

Dalam rencana yang dihasilkan September lalu, The Economist berkata, KDN lazimnya akan menapis tulisan-tulisan yang boleh menyinggung kaum Muslim.

Majalah itu menyenaraikan Malaysia di bawah India dan China dalam carta 12 negara sama ada yang menapis, mengharamkan atau menyita naskhah-naskhah The Economist, yang dijual di 190 negara.



Source: http://www.themalaysianinsider.com

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code