Jumaat, 15 Julai 2011

HISHAMUDDIN DAN POLIS BAKAL TERLEPAS DARI SAMAN BERSIH 2.0



APAKAH tindakan yang diambil oleh PAS akan meninggalkan kesan atau kudis buta buat mereka? Rasanya penafian dan kesalahan yang dibuat mereka akan terbalik kembali kepada Bersih 2.0. Kejadian dan fenomena ini adalah biasa berlaku saja dan tidak perlu diulas panjang.

Atau jika dilihat dari sudut politik mungkin ada sedikit kelebihan untuk PAS mendapat kekuatan moral dan keyakinan. Namun jika ditelusuri dengan mendalam tindakan ini mungkin langsung tidak memberi bekas kepada mereka sebaliknya tekanan dan pelbagai situasi lain bakal ditimbulkan oleh mereka. Mengapa demikian? Kerana buat masa ini kuasa mereka dapat melakukan apa saja yang mereka suka. Undang-undang mereka yang punya, mahkamah mereka punya, hakim mereka punya, doktor dan pakar (bukan Tung Shin punya doktor) mereka yang punya dan apa lanc**pun mereka punya.

Apa yang PAS dan rakyat terutama penyokong Bersih 2.0 ada ialah kesakitan dan keletihan. Bagi mereka tiada apa-apa. Mereka bisa melakukan silap mata dan ilmu hitam....

Budaya mereka dan juak-juak ini telah lama dikenal pasti akan taktik dan strateginya....

Bersih 2.0: PAS fail kes saman polis, Hishammuddin
petang ini


Aksi penyokong Himpunan Bersih 2.0 ketika majlis pelancarannya di Kuala Lumpur 9 Julai 2011.
KUALA LUMPUR, 15 Julai — Mendakwa penahanan tanpa sah, PAS akan memfailkan kes saman sivil — yang pertama berkisar perhimpunan Bersih 2.0 ke atas polis dan Menteri Dalam Negeri di Mahkamah Tinggi Shah Alam petang ini.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Selangor Zainal Said berkata, saman itu dibuat kerana pihak berkuasa telah menahan seorang ahli parti Islam itu, tindakan yang disifatkan sebagai tidak mengikut undang-undang.

Musafri Abdullah Azmi, 27, telah ditahan pada 24 Jun lalu kerana memiliki kemeja-T yang tertulis perkataan Bersih 2.0 di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan, Padang Jawa di Klang.

“Petang ini kita mewakili seorang ahli kita yang ditahan kerana memilik baju Bersih 2.0, dia telah ditahan secara salah.

“Saman sivil ini dibuat kerana kita mahu tuntut ganti rugi dan mahu barang-barang yang dirampas dikembalikan semula kepada ahli kita,” kata Zainal.

Kata Zainal, pihaknya menamakan pegawai penangkap, Ketua Polis Shah Alam ACP Zahedi Ayob dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai defendan.

Tindakan petang ini merupakan yang pertama dalam siri saman yang hendak dibawa oleh PAS, kata Setiausaha Lajnah Undang-undang parti itu, Abang

Ahmad Kerdee Abang Masagus ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Kami memutuskan untuk memfailkan kes di Selangor hari ini sebab kes pertama penahanan berlaku di Selangor, selepas Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengisytiharkan bahawa bahan-bahan berkaitan Bersih 2.0 adalah haram,” kata beliau.

“Kes yang dibawa hari ini berkaitan dengan tahanan praperhimpunan Bersih, selepas ini akan ada banyak lagi kes,” kata beliau lagi.

Semalam, Juham Dewan Pemuda PAS pusat telah melancarkan kempen Aduan Keganasan Polis 9/7 yang bertujuan untuk mengumpul segala maklumat daripada orang awam berkaitan salah laku dan keganasan yang dilakukan oleh pihak polis dalam perhimpunan aman Bersih 2.0 di sekitar Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Sementara itu, Pengarah Juham Dewan Pemuda PAS pusat Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi berkata melalui saman sivil itu pihaknya mahu mahkamah mengisytiharkan bahawa segala bentuk penahanan dan rampasan dilakukan pihak berkuasa dalam isu Bersih 2.0 bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

“Kita nak mahkamah beri satu deklarasi bahawa penahanan ahli kita ini salah di sisi undang-undang sebab tiada undang-undang kata memakai baju itu salah, yang salah tidak pakai baju.

“Kita juga mahu mahkamah beri satu deklarasi bahawa segala yang dirampas dipulangkan dan rampasan yang dibuat itu adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang serta perlembagaan,” katanya.

Sejak 1 Julai lalu, Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram.

Selain itu, Hishammuddin juga mengumumkan kemeja-T Bersih 2.0 yang dijual dan dipakai adalah bahan haram dan menyalahi undang-undang-undang negara.

Ekoran daripada pengumuman Hishammuddin itu, ramai aktivis Bersih 2.0 dan pemimpin politik Pakatan Rakyat telah ditahan.

Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Ahmad Zamri berkata, kempen secara besar-besaran itu adalah susulan daripada aduan rasmi yang telah pihak Juham serahkan kepada Suhakam Selasa lalu, di mana Juham telah menyenaraikan tindakan-tindakan ganas pihak polis yang menumbuk, menendang, memijak, menembak gas pemedih mata secara dekat dan membuta-tuli serta segala bentuk kekerasan yang sangat tidak munasabah serta tidak berperikemanusiaan kepada peserta himpunan yang hadir secara aman dan tidak bersenjata.

“Malah, peserta himpunan Bersih 2.0 tidak langsung melakukan sebarang provokasi terhadap pihak polis yang menjustifikasikan sebarang tindakan kekerasan digunakan terhadap mereka.

“Pihak Juham telah menerima banyak laporan daripada peserta-peserta himpunan yang telah dilayan dengan ganas termasuklah yang mendapat kecederaan yang serius dan dimasukkan ke hospital,” katanya,

“Segala aduan berupa maklumat, bukti-bukti bergambar, foto, rakaman video, laporan perubatan dan sebagainya boleh disalurkan melalui talian Hotline Juham iaitu 016-3126463, 016-3126473 dan 014-6451753 atau melalui e-mel rasmi Juham iaitu juhampusat@gmail.com dan fanpage fb ‘Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia’.

Oleh G Manimaran dan Syed Mu’az Syed Putra July 15, 2011

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code