Sabtu, 9 Julai 2011

Himpunan Bersih 2.0 Sudah Bermula Di Melbourne Ditulis oleh Shakira Buang




KUALA LUMPUR 9 JULAI : Sementara pasukan keselamatan mempertingkatkan kawalan di ibu negara bagi menghalang perhimpunan Bersih 2.0 petang ini, rakyat Malaysia di negara-negara luar sudah memulakan kempen mereka menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Maklumat yang diterima dari Melbourne, Australia menunjukkan sekitar 750 penunjuk perasaan membawa kain rentang dan plakad dengan lambang Bersih 2.0 berhimpun di Federation Square, menuntut pembaharuan pilihan raya di Malaysia.

Di Wellington, New Zealand, kira-kira 10 orang dilaporkan berkumpul manakala kereta-kereta yang lalu lalang memberikan sokongan dengan hon kenderaan masing-masing.

Berdasarkan maklumat laman sosial Facebook Bersih 2.0 New Zealand, perhimpunan mini itu diadakan di University of Canterbury.

Beberapa jam lalu, penyokong memuat naik butiran mengenai perhimpunan di New Zealand, sambil meminta para peserta bertemu di tempat letak kereta Church Corner, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, Morgan Street, Newmarket di Auckland dan Royal Oat Mall, juga di Auckland pada waktu yang berbeza.

Bersih 2.0, yang terdiri daripada 62 pertubuhan bukan kerajaan, juga merancang untuk mengadakan perhimpunan di Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Switzerland, Sweden, Perancis, England, Scotland, Ireland, Kanada dan Amerika Syarikat.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code