Ahad, 10 Julai 2011

DI SEBALIK KEJAYAAN POLIS MENGAWAL BERSIH 2.0

Benarkah polis berjaya mengawal keadaan? Jika dilihat dari sudut pencapaian matlamat Bersih 2.0 untuk menghantar memorandum kepada YDPA, memanglah hasrat tersebut tidak kesampaian kerana ketegasan polis yang digambarkan oleh sasterawan negara A. Samad Said sebagai sangat 'Bengis'. Apakah kejayaan pengawalan ini digambarkan hanya kerana matlamat Bersih 2.0 tidak kesampaian?

Corong-corong media prokerajaan terus mencanang bahawa Bersih 2.0 gagal dan tidak berjaya meraih peserta diperkuatkan lagi dengan kenyataan-kenyataan Ketua Polis sendiri yang mengatakan peserta Bersih hanya 5 ke 6 ribu sahaja. Sedangkan jumlah tangkapan yang dikeluarkan sendiri dari mulutnya tidak kurang dari lebih 1600 orang iaitu kira-kira hampir suku tangkapan ahli pendemo yang keluar padahal jika dilihat dalam visual-visual ini adalah sebaliknya.






Gambar-gambar di atas hanya sebahagian dari pendemo yang keluar kerana kedudukan mereka adalah di tempat-tempat yang berbeza. Manakala aksi secara live juga dapat disaksikan seperti di bawah












Banyak lagi video-video yang jelas menggambarkan bahawa Bersih 2.0 bukanlah satu rancangan kosong dan tidak bermakna. Pembaca boleh menilai sendiri fenomena Bersih ini.

Laporan yang dikeluarkan oleh media massa yang prokerajaan juga menyatakan bahawa peniaga di sekitar tempat kejadian Bersih ini mengalami kerugian sehingga jutaan ringgit juga membuktikan bahawa sebenarnya polis sendiri gagal mengekang kemaraan Bersih ini.

Banggakah polis dengan mengekang protester yang tidak bergigi dan bersenjata?

Banggakah polis memukul dan menggunakan senjata semata-mata mengejar insan yang lemah dan tidak bermaya?

Polis yang dilihat cuba untuk menafikan kegagalan dalam menangi isu demonstrasi dengan bercakap bohong dan menipu dalam memberikan maklumat sebenar kepada rakyat seolah samalah kes yang melibatkan kematian dilokap angkara polis ini. Selama ini rakyat yang percaya dan memberi mandat penuh kepada polis untuk sebarang permasalahan keselamatan nampaknya semakin tidak boleh dipercayai lagi. Ibarat haruan memakan anak.

Polis kini sepanjang zaman memihak kepada Umno tetapi sebaliknya menafikan sekeras-kerasnya terlibat dalam isu politik. Nampak sangat tidak gentleman. Sepatutnya polis dan anggota keselamatan yang menjadi bonus kepada setiap pilihan raya kepada parti yang memerintah sepatutnya juga tidak dibenarkan mengundi atas dasar berkecuali. Anggota keselamatan yang bertunjangkan nama DI RAJA seharusnya tidak dibenarkan mengundi kerana mereka ini langsung tidak memberi kerjasama dengan pembangkang. Malah anggota mereka juga yang secara paksa terpaksa mengundi parti kerajaan kerana takut kepada pegawai yang selalu memberi tekanan kepada anak buahnya.

Kejayaan yang didakwa polis dalam menangi isu demo ini berakhir dengan kehilangan nyawa. Apakah ini satu kejayaan. Menggunakan pelbagai kemudahan yang sepatutnya menentang musuh negara, telah digunakan sewenang-wenangnya untuk mengenakan rakyat sendiri.

Benarlah dakwaan sesetengah rakyat bahawa polis ini sebenarnya gengster berlesen. Boleh melakukan apa sahaja tanpa menghiraukan perlembagaan yang dianggap paling tinggi dalam sesebuah negara merdeka. Malah mencipta akta-akta tersendiri untuk melaksanakan agenda kerajaan. Pada hal jika kita lihat tugas polis ialah menjaga keamanan dan keselamatan tetapi sebaliknya dengan berbagai kaedah mencari pendekatan yang lebih ekstrem untuk menghukum rakyat dengan mencanang maklumat yang tidak betul dan salah.

Kalau rakyat menipu salah..kalau polis menipu beres tiada apa-apa...apa ni?

Sekali lagi polis gagal dalam menjadi satu badan yang boleh dipercayai dalam masyarakat...

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code