Khamis, 28 Julai 2011

CERAMAH DI TANAH MERAH SJK (C) YUK CHENG LESU

TANAH MERAH: Sesuka hati, UMNO telah menggunakan premis sekolah cina SKJ Yuk Cheng, untuk mengadakan ceramah politiknya dengan memaksa semua kakitangan kerajaan terutama guru-guru di sekitar daerah Tanah Merah. Meluat dan menyampah, itulah luahan kata-kata para guru yang terpaksa hadir meskipun hujan yang renyai-renyai. Tujuan utama diadakan di sini ialah untuk meraih sedikit kehadiran dari kalangan bukan Melayu, tapi nampaknya hanya guru-guru 'terpaksa' sekolah tersebut sahaja yang hadir.

Tiada tokoh hebat dalam UMNO yang hadir cuma seorang yang menggelarkan dirinya sendiri, 'Tok Guru' manakala yang lain hanyalah AJK bahagian sahaja.

Akibat dari seorang yang menggelarkan dirinya Tok Guru inilah maka saya hadir untuk mendengarnya, Tuan Hj Abdullah seorang tokoh agama Umno yang bersyarah di atas podium Umno di sekolah cina.

Perkataan yang memuji kepimpinan Umno dan mengutuk Nik Aziz dengan berbagai cercaan, jelas menunjukkan kewibawaan tokoh agama ini bagi saya sedikitpun tidak mencerminkan kewarakan, dari jauh berhijrah semata-mata untuk mendengar ceramah yang jauh lebih rendah dari seorang guru tadika yang mengasuh pelajarnya.

Kehadiran paksa sekitar 150 orang untuk mendengar ceramah ini amat merugikan masa, apatah lagi ceramah yang penuh dengan cercaan dan kutukan. Seorang yang bergelar 'Tok Guru' yang belajar ilmu agama di Mekah, bila balik berjuang di atas tiket Umno berceramah atas podium Umno. Maka rosaklah jenama 'Tok Guru' itu, tapi itulah hakikatnya.


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code