Selasa, 26 Julai 2011

BUKAN SAJA PAS MALAH RAKYAT AMNYA TOLAK BIOMETRIC

Setelah dibuat kajian yang mendalam, biometric yang dicadangkan oleh SPR dan dipersetujui kerajaan tidak mampu mengekang satu pemilih satu undi. Biometric hanyalah sesuatu yang hanya mengesahkan identiti pemilih sahaja namun undi untuk kedua kali tetap berlaku kerana sistem ini masih begitu lemah dan tidak mampu mengekang pengundian yang berulang. Antara kelemahan yang jelas ialah sistem 'link' ke Jabatan Pendaftaran Negara semasa hari mengundi juga menjadi satu masalah kerana sistem yang menampung kecapaian di kawasan-kawasan yang tidak mempunyai talian dan capaian internet masih menjadi persoalan bagaimana kejayaan biometric ini dapat menjadikan proses pengundian yang adil dan telus?

Siapakah yang dapat menjamin bahawa tidak ada berlaku satu 'blackout' atau 'breakdown' pada servis-servis elektrik atau internet? Kesesakan trafik akan berlaku pada hari tersebut, mana mungkin sistem ini dapat menampung segalanya secara 'live' kecuali segalanya telah disimpan dalam bentuk data yang tetap seperti hard disk atau hard copy. Jadi sekiranya ini berlaku bermakna sekali gus sistem ini tidak mungkin berkesan.

Tapi sekiranya penggunaan dakwat kekal, dari jauh orang sudah tahu dan dapat melihat bahawa orang yang hendak mengundi itu telah mengundi atau belum. Terang dan jelas dengan tanda yang nampak dari jauh lagi, sekali gus individu yang sama tidak mungkin dapat mengundi untuk kedua kalinya. Mengapa ini masih menjadi satu kesukaran untuk kerajaan menerima cadangan ini. Apakah yang ada disebaliknya. Apakah kebenarannya? Takkan Najib tak tahu, Aziz tak tahu, Wan Ahmad tak tahu? Mustahil.




0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code