Kasihan bila melihat penulis-penulis blog pro-Umno. Agaknya mereka ini diupah dengan wang dan menjadi penjilat setia umno. Apakah moral sebagai penulis sudah habis sehinggakan tiada lagi yang ingin diperkatakan melainkan hanya memaki hamun dengan bahasa kesat dan tuduhan-tuduhan liar serta tidak bermoral kepada pembangkang terutama kepada Barisan pemimpin seperti Anwar Ibrahim, Mohd Sabu, Nik Aziz dan sebagainya.
Serangan peribadi yang digunakan mereka sekarang ini sebenarnya telah lama ditinggalkan oleh pembangkang, apakah mereka ini meniru sesuatu yang telah lama kita tinggalkan?
Alangkah kampungnya mereka ini?
Serangan yang berunsur fitnah dan berbagai gelaran yang kotor jelas mencerminkan pemikiran yang sempit dan tidak bermoral mereka. Begitu dangkalnya pemikiran pecacai dan pembawa najis rosmah ini. Terutama pasal Bersih 2.0 hari itu. Apa yang Ambiga perjuangkan ialah berkaitan SPR iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya. Bukankah SPR ini bebas dan tidak terikat dengan mana-mana parti politik?? Tapi mengapa yang Umno begitu sibuk sekali mempertahankannya. Apakah ini dengan jelas menunjukkan bahawa SPR ini adalah suruhanjaya Umno?
Lagipun isu yang dibincangkan kebanyakan blogger Umno ialah isu berkenaan dengan kes Anwar Ibrahim, sama ada perilaku dan tutur kata. Itu saja! Mereka ini terlalu dangkal dalam mengenal antara jauhari dan manikam.
Bila baca blog-blog mereka yang begitu obses dengan parti Umno apa yang ada hanyalah berbentuk fitnah, tuduhan dan penafian semata-mata. Tiada langsung unsur-unsur ilmiah dan emperikal yang diperolehi oleh pembaca.
Setelah berlangsungnya Bersih 2.0. mereka seolah kelu bila melihat Marina Mahathir turut sama menyokong dan turun padang.
Kini semasa artikel ini sedang ditulis geng blogger pro-umno sekali lagi mengutuk dan mengatakan yang Anwar pembohong tentang isu penangkapan Hadi dan layanan polis selepas ditangkap.
Mereka menuduh Anwar menipu tapi tak pernah sedar yang Najib awal-awal lagi menipu? Tidak pulak diulasnya tentang isu ini..
Jika kita lihat blogger Umno ini sudah mula meniru gaya undian seperti undi meminta Najib mengundur diri yang disokong lebih 100.000 pengikut yang bersetuju hanya dalam masa beberapa hari, manakala blogger Umno ini meminta pembacanya agar Ambiga dilucutkan kerakyatannya....krahh krahhhh krahhh...sampai tak ada modal langsung untuk dibuat tinjauan. Tulislah cerita Beruk jalanan ker, anjing yang guna pistol kerr anjing water cannon ker?? Ini nak menghasut orang ramai agar membenci Ambiga plak....Dah abih ker ilmu menulisnya...tu la...Tuhan angin talak kasi idea ker? Miskin hortak ker???
Tiong Lai yang kata teargas kat hospital Tung Shing bukan sebab polis tapi sebab Tuhan angin bawa pergi sana...munafik betul menteri ini....samalah dengan blogger-bloggernya...munafik dan bengap....!!! Laporan lain akan menyusul....
Sudah-sudahler dok tipu orang sekampungnya....bikin malu kaum saja...pasal politik ni semua orang pun boleh menulis...apa saja yang di tulis semuanya pun politik jugak...politik kencing dalam mata!!!
Ambil lah jalan yang munasabah...fikirlah dulu...mana yang baik...bukan soal peribadi tapi soal kematangan berpolitik. Hidup Bersih!!!!
0 comments:
Catat Ulasan