KUALA LUMPUR 9 JULAI : Lima Ahli Parlimen dipercayai sudah ditahan sehingga 1 tengah hari tadi, dan dua daripadanya adalah Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh. Azmin dan Fuziah masing-masing merupakan timbalan presiden dan naib presiden PKR.
Kumpulan peserta perhimpunan Bersih 2.0 mula berkumpul di kawasan-kawasan seperti Petaling Street, Jalan Pudu, Pasar Seni dan Brickfields, dan sedang menuju ke arah Stadium Merdeka sambil membuat laungan.
Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain, antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Saifuddin Nasution, Khalid Samad dan R. Sivarasa berhimpun di Hotel KL Hilton Hotel, KL Sentral.
Kelihatan pasukan polis LSF sudah pun mengepung hotel berprestij itu, menanti mereka berarak ke Stadium Merdeka.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub ditangkap di stesen KL Sentral pada pukul 12.45 tengah hari tadi. Difahamkan Mahfuz dan Salahuddin, masing-masing Ahli Parlimen Pokok Sena dan Kubang Kerian akan ditahan sama ada Pulapol dan Balai Polis Jinjang
Tvselangor difahamkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah melepasi sekatan polis.
Mereka merupakan antara 91 orang dilarang memasuki Kuala Lumpur.
Kira-kira 12.45 tengah hari polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka yang berkumpul di akwasan Pasar Seni.
Sementara itu, polis kini telah menebak gas pemedih mata dan menangkap 514 orang termasuk 36 wanita serta menutup Masjid Negara, Masjid Jamek, Stadium Merdeka dan kawasan-kawasan lain serta khidmat monorail manakala ribuan rakyat biasa mula bergerak ke pusat bandaraya untuk menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0.
Ratusan anggota polis di kerah dan dalam keadaan tertentu memukul orang ramai sebelum menahan mereka di Stesen Komuter Lama Kuala Lumpur , Sogo, Kampong Baru, sekitar Stadium Merdeka, Masjid Jamek.
Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata di KLCC, Dataran Merdeka dan Masjid Jamek untuk menyuraikan ribuan orang yang berkumpul secara aman sebelum menuju ke Stadium Merdeka.
Polis bagaimanapun menafikan menembak gas pemedih mata untuk menyuraikan perhimpunan di KLCC.
Bagaimanapun Ketua Pemuda Pas Pusat Nasaruddin HassanTantawi mendakwa lebih 2,000 orang di kawasan itu ditembak dengan gas pemedih mata oleh polis simpanan persekutuan.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat menyertai pemimpin dan penyokong lain di Brickfields sebelum bergerak ke Stadium Merdeka.
Pada masa sama Pemuda Umno dijadualkan menghimpunkan penyokong mereka untuk berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada 1.30 tengah hari.
Polis menutup stesen monorail Maharajalela dan stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka.
Sekretariat Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah kesal dengan tindakan polis menangkap siapa sahaja yang berada di ibukota bagi melumpuhkan himpunan aman Bersih 2.0 yang dijadualkan berlangsung selang beberapa jam sahaja lagi.
Sehingga jam 12.30 tengahari tadi, lebih daripada 400 orang telah ditangkap di beberapa lokasi berlainan.
"Saya kecewa dengan tindakan polis menangkap orang awam. Walhal kami sudah beri jaminan himpunan ini akan berjalan secara aman. Ini tidak boleh diterima.
"Kami sudah minta polis berundur, kami sendiri sudah sediakan 5000 orang peserta keselamatan bagi memantau perhimpunan ini," kata Maria.
![]()
Sabtu, 9 Julai 2011
Bersih : Lima Ahli Parlimen Ditahan, Polis Tembak Gas Pemedih Mata Dan Tangkap 514 Orang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan