Selasa, 12 Julai 2011

Bersih 2.0 : PAS Serah Kepada SUHAKAM Siasat Keganasan Polis


KUALA LUMPUR 12 JULAI : Susulan kejadian yang tidak diingini terhadap peserta Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu, Dewan Pemuda PAS Pusat Malaysia bersama Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM) hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).


Laporan itu menyatakan tindakan pihak polis dan juga Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menggunakan kekerasan tidak munasabah kepada peserta Bersih 2.0 dan menafikan akses peguam kepada peserta yang ditangkap dan ditahan.

Oleh yang demikian, Dewan Pemuda PAS dan JUHAM menggesa SUHAKAM untuk menubuhkan sebuah panel khas atau Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat aduan yang disenaraikan bagi menuntut keadilan terhadap peserta himpunan aman tersebut.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code