Ahad, 10 Julai 2011

BERJAYAKAH PATRIOT????



Apa yang diperjuangkan oleh KJ(Kaki Jilat) ini, langsung tidak memberi makna kepada parti induknya, malah demo yang sengaja diadakan jelas hanya menurut nafsu semata-mata dan langsung tidak mencerminkan semangat patriotik.

Setelah berjalan sejauh kira-kira 104 langkah kemudian ditahan polis dengan kehadiran ahli seramai 127 orang, sebenarnya hanyalah sebagai satu retorik menunjukkan kejantanan yang membuta tuli dan berselindung di sebalik polis.

Seorang peserta patriot berkata matanya sangat pedih terkena bedilan asap pemedih mata polis sehingga menyebabkan dia menghantar mesej kepada rakannya melalui laman tweeter yang berbunyi:

"Bilakah polis akan bertindak...biarlah drama ini berakhir secepat mungkin....aku dah tak tahan dah ni weihh...."

Inilah yang dikatakan perjuangan dalam patriot yang merujuk kepada senario kejatuhan parti induknya...tiada maknanya perjuangan andai semata-mata masyarakat menilai bahawa KJ ini sebahagian dari penyangak dalam sejarah masa depan negara...

Sikap tidak mendengar nasihat Ketua dalam (Najib) ini sebenarnya dengan jelas menggambarkan yang platform Pemuda Umno yang didaftarkan secara sah oleh Pendaftar Pertubuhan bakal diharamkan kerana menyertai perhimpunan haram.

Dimanakah pendirian Pemuda Umno? Apakah dia juga tidak bersetuju untuk mendapatkan pilihan raya dengan adil dan saksama?

Apakah sebelum ini semasa pemilihan Ketua Pemuda Umno dahulu KJ juga pernah terlibat dengan agenda kotor sehingga tersingkirnya anak Mahathir?

Apakah sikap dan kemenangan yang penuh dramatik KJ dulu adalah sebahagian dari kekotoran yang pernah KJ sendiri lakukan? Maka akibat dari itulah KJ mengambil pendekatan agar Bersih ini harus ditentang...

Perkasa yang sebelum ini lantang menentang Bersih 2.0, langsung tidak berkokok, sekadar mendengar dan mengikuti perkembangan Bersih 2.0 dari dalam restoran saja. Jelas masalah dalaman Perkasa nyata menghantui mereka. Jika sebelum ini Perkasa dijanjikan dengan dana dan peruntukan oleh kerajaan Umno, bertujuan menentang Bersih. Setelah peluang mendapatkan dana ini dihidu oleh Pemuda Umno, maka dengan pantas Patriot ditubuhkan dengan harapan mendapatkan sedikit dana dan mengambil hati pentadbiran Umno.

Malangnya setelah mendapat tekanan dan permusuhan semulajadi antara BJ (Berahim Juling/ Berahim Ali)dan KJ, pentadbiran Umno sekali lagi menarik balik proses penentangan Bersih 2.0 ini agar tidak membazir dan berlaku pertembungan sesama sendiri yang jelas Perkasa juga berpihak Umno begitu juga Patriot. Akhirnya Perkasa dinasihatkan agar tidak mencampuri urusan ini mungkin kerana pada pandangan Najib Perkasa sudah begitu tua dan uzur, biar hanya Pemuda sahaja yang bertindak. Lagipun pada pandangan Najib inilah masanya untuk beliau bertindak ke atas KJ yang selama ini bukanlah disukai sangat oleh Najib.

Pada dasarnya Najib menghalang KJ dari menyertai perhimpunan ini dengan satu niat politik yang dengan mudah boleh menghancurkan karier politik KJ tanpa KJ sendiri menyedarinya. Percaturan halus politik Najib ini sebenarnya telah lama diperhatikan oleh pemerhati politik. KJ akan berdepan dengan sedikit masalah kerana telah mencalarkan imej yang pada pandangan Najib bukanlah mewakili pendirian keseluruhan ahli Pemuda Umno.

Akibat pendekatan yang tidak mendengar kata ini, telah menyebabkan KJ kini semakin jauh dari parti induk. KJ yang membawa rakan-rakan seperjuangan mereka ini sebenarnya jelas mencari peluang baru buat mereka. Rakan-rakannya seperti Rezal Naina Merican dan sebagainya ini sebenarnya akan meninggalkan KJ tidak lama lagi, mereka membawa KJ ke lembah yang tidak boleh berpatah balik. Mereka sebenarnya seronok untuk memanipulasikan keadaan ini.

Justru kerana melihat peluang yang ada, dengan pengalaman manis Hisham semasa memegang tampuk KPU satu hari dulu dan tidak pernah melawan cakap ibu bapa, maka di sinilah bermulanya proses menjatuhkan KJ secara halus bermula. Komplot ini bukan sahaja masih menjadi tanda tanya kepada KJ, apakah usaha turut sama berdemo ini memberi mandat dan kelebihan kepada beliau selaku KPU atau apakah usaha beliau ini dipandang sebaliknya?

Pandangan dan pendirian KJ dalam soal ini sebenarnya mudah saja. Beliau membuat keputusan yang terburu-buru sebenarnya. Sikap terlalu agresif ini tidak pula disenangi oleh pucuk pimpinan yang suka makan secara 'mencuri'. Ibarat cencaru makan petang. Apakah tindakan yang bakal dikenakan kepada KJ sama-sama kita tunggu dan lihat.

KJ yang suka dengan sikap Kerja Jahat dan Kaki Jilat ini sebenarnya bakal menghadapi kesan langsung yang membawa kepada sama ada lebih menaikkan namanya atau menjatuhkan terus kariernya dalam bidang politik....!!!

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code