Jumaat, 17 Jun 2011

UTUSAN TAK PERLU MOHON MAAF!!! (MESTI BACA)

Umat Islam di Malaysia harus sedar akan tindakan Utusan Melayu itu. Sebenarnya jika diselidiki dengan lebih halus dan mendalam ianya tersirat satu maksud yang benar-benar berlaku dan fenomena sebenar undang-undang Islam di Malaysia. Inilah undang-undang buatan manusia yang boleh diubah dan digubal sesuka hati yang berlaku di sebuah negara yang mendakwa Islam sebagai adama rasmi negara . Di manakah sebenarnya duduk perkara ini?

Kita harus melihat sesuatu yang cuba disampaikan oleh karikatur itu sebagai satu mesej yang merujuk kepada kelemahan dan pertentangan perundangan yang sedia ada dengan undang-undang Islam, atau kita cuba untuk menunjukkan kekurangan yang terdapat dalam sistem perundangan Islam? Sebenarnya perkara ini hanya wujud pada tanggapan setiap orang yang melihatnya dan maksud penulis karikatur tersebut.

Namun bagi maksud kedua-dua fenomena tersebut merujuk kepada keadilan dan kemunasabahan yang harus diambil kira.

Dalam konteks jenayah di Malaysia: sebarang bukti melalui cakera padat, cd, atau sebagainya yang menjadi saksi atau kesaksian, tidak akan diterima walaupun adalah satu-satunya jalan untuk membela tertuduh: misalnya pesalah yang dituduh itu (OKT) tidak mempunyai bukti lain untuk menunjukkan dia tidak bersalah, tetapi sebaliknya tertuduh mempunyai bukti bahawa orang yang benar-benar bersalah telah membuat pengakuan tersebut melalui cd, video dan media youtube dan benar-benar mengaku kesalahannya. Orang yang sebenar bersalah bebas, tapi sebaliknya orang yang kena tuduh akan dihukum, inilah fenomena yanng berlaku di Malaysia. Contohnya: LIHAT DI BAWAH:



PENGAKUAN YANG DIBUAT OLEH ROSDI INI TIDAK DIAMBIL KIRA DAN TIDAK BOLEH DIJADIKAN BUKTI DI MAHKAMAH...AKHIRNYA SEORANG GURU TELAH DIDAPATI BERSALAH DAN DIBUANG KERJA...PADAHAL PERKARA INI DENGAN JELAS MENUNJUKKAN BAHAWA DIA TIDAK BERSALAH...PERBICARAAN YANG TIDAK ADIL INI SERING BERLAKU DI MALAYSIA? DAN INI MUNGKIN ADALAH PERKARA BIASA...AKIBATNYA GURU ITU YANG MEMPUNYAI SEORANG ISTERI BANGSA CINA KINI SUDAH MULA GOYAH DAN INGIN MURTAD KERANA MALU DENGAN KEADAAN SUAMINYA YANG DULU SEORANG GURU CEMERLANG, TETAPI DIBUANG KERJA KERANA GARA-GARA MAHKAMAH TIDAK MAHU MENERIMA CD DAN VIDEO PENGAKUAN SEBAGAI BAHAN BUKTI....

MEMANG TIDAK BENAR JIKA KARIKATUR UTUSAN MENDAKWA BAHAWA DI MAHKAMAH SYARIAH TIDAK TERIMA CD DAN VIDEO, TAPI SEBALIKNYA MAHKAMAH AWAM DI MALAYSIA INI TERIMA CD SEBAGAI BAHAN BUKTI.

TAPI APA YANG PELIKNYA MENGAPA PULA CD LUCAH DSAI BOLEH JADI BUKTI DI MAHKAMAH, TAPI JIKA INI AKAN JADI SATU KENYATAAN...MEMANG BENARLAH UMNO MEMPUNYAI AGENDA YANG TERSENDIRI DAN MELANGGAR UNDANG-UNDANG YANG DICIPTAKAN SENDIRI UNTUK KEPENTINGAN KEKUASAAN MEREKA SAHAJA.

SEDANGKAN BAGI RAKYAT BIASA SEPERTI YANG TERJADI KEPADA GURU ITU, AMATLAH MALANG DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN KERANA BUKTI MELALUI CD TIDAK PERNAH DITERIMA MAHKAMAH....SEBELUM INI?

SETELAH 17 TAHUN GURU ITU BERKHIDMAT DAN MENCURAH BAKTI KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA, AKHIRNYA DIA DIBUANG BEGITU SAHAJA TANPA BELAS KASIHAN, HANYA KERANA MAHKAMAH TIDAK MAHU MENERIMA BUKTI MELALUI CD INI...JADI MASYARAKAT HARUS FAHAM DAN MENERIMA HAKIKAT MENGAPA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM AKAN DIDAKWA HANYA DENGAN SEKEPING CD....FIKIR-FIKIRKAN..MAHKAMAH DI MALAYSIA INI BUKANLAH MAHKAMAH YANG BENAR-BENAR ADIL PADA PANDANGAN PERIBADI PENULIS IAITU PAKDOE....KRAHH KRAHHHH KRAHHH APPLE PLERR.....!!!

Karikatur: Utusan perlu mohon maaf kepada umat Islam, kata Abim

MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR, 17 Jun — Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam berhubung penyiaran karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” dalam akhbar milik Umno itu, yang didakwa menghina Islam.

Presidennya Dr Muhd Razak Idris menegaskan karikatur itu yang disiarkan dalam Utusan Malaysia semalam mengandungi unsur-unsur yang menghina perundangan Islam.

“Dalam hal ini, kita mahu Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam di atas penyiaran karikatur yang kalau kita lihat mengandungi unsur-unsur kejahilan terhadap perundangan Islam dan hukum syariat.

“Ini tidak seharusnya berlaku dalam masyarakat dan tidak juga harus dilakukan oleh organisasi media yang memperjuangkan Melayu dan Islam,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Selain itu, jelas beliau, pelukis karikatur ini seolah-olah jahil tentang Islam dan perlu bertaubat selain berjanji tidak akan mengulangi perkara sama.

“Saya rasa pelukis itu jelas begitu jahil dengan hukum agama dan saya menyeru kepada dia agar bertaubat dan tidak lagi melakukan tindakan yang menunjukkan kejahilan dalam hal-hal agama.

“Jadi saya minta, selepas ini mana-mana kartun yang mahu disiarkan harus disemak dulu oleh mereka yang pandai agama kerana kita tidak mahu undang-undang ini dilihat sebagai menzalimi mangsa rogol, dalam kartun ini ia digambar macam itu,” katanya.

Kelmarin, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Dewan Pemuda PAS Kelantan mengecam penyiaran karikatur itu sambil menyifatkan ia menghina Islam dan mahu penerbit dan pelukis karikatur itu didakwa.

Tegas Muhd Razak, karikatur karya “Miki” itu menggambarkan perundangan Islam tidak boleh menuntut keadilan bagi mangsa rogol.

Tambah beliau, apa sahaja bahan bukti boleh dibawa ke mahkamah dan mangsa rogol berhak mendapat pembelaan yang sah.

“Dalam sudut perundangan Islam, ada prosedur-prosedur yang harus dipatuhi, kartun ini mempunyai unsur penghinaan apabila menggunakan undang-undang Islam dan kaedah pembuktian yang dilihat tidak mampu memberi keadilan kepada mangsa.

“Sebagai contoh dalam kes rogol dan mengikut kefahaman saya mangsa boleh membawa kes ini ke mahkamah dengan membawa bukti yang dimiliki yang akan dinilai di mahkamah,” katanya.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Nik Mat pula menyifatkan Utusan Malaysia sebagai “Denmark Malaysia” kerana menyiarkan karikatur yang menghina syariat Islam.

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada akhbar Denmark yang pernah menyiarkan karikatur yang menghina Islam dengan menerbitkan kartun Nabi Muhammad memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom.

Menurut Muhd Razak, sistem perundangan Islam dilakukan penghakiman dalam mahkamah dan bukan secara terbuka.

“Kartun ini dilihat tidak wajar dan prosedur Islam, pembuktian harus dinilai oleh orang yang tepat dan memahami perundangan Islam, bukan sekadar seperti dalam kartun ini yang hanya menunjukkan kejahilan.

“Dan, ingin saya tegaskan prinsip perundangan Islam sebetulnya perlu dibawa ke sistem penghakiman dan ia tidak boleh dilakukan secara terbuka.

“Jadi ia sudah jelas, Utusan Malaysia harus memohon maaf, karikatur ini memaparkan kejahilan terhadap prosedur perundangan Islam seolah-olah undang-undang Islam menolak keadilan kepada mangsa rogol,” katanya.


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code