Khamis, 2 Jun 2011

RAKYAT SEMAKIN MENDERITA DI BAWAH REGIM UMNO

Hakikatnya ramai yang dah tahu dan sedar betapa kerajaan sekarang ini semakin parah dan miskin. Ramai yang dah tahu itu. Namun entah di mana silapnya masih ramai yang menyayangi Umno...agak pelik bunyinya...padahal segala kelogikannya telah terpampang dan ternganga bahawa Malaysia kini sedang dilanda krisis, iaitu krisis kenaikan harga barang dan perkhidmatan...

Apa yang mendukacitakan rakyat amnya ialah isu kenaikan tarif elektrik yang terpaksa dinaikkan, walhal TNB tidak pun mengalami kerugian. Isu yang telah dibahaskan dan diperjelaskan dengan panjang lebar oleh menteri berkenaan semakin mengelirukan rakyat. Memang benar apa yang dihujahkan dalam konteks pemikiran orang-orang politik. Tapi bagi orang kampung yang buta rengga ini mereka sebenarnya tidak tahu apa satu, mereka pekak dan buta.

Kejadian yang pelik dan ajaib ini sememangnya amat membingungkan. Benarlah kata orang: Melayu ni semakin pandai dia (mengaji tinggi) semakin jahil dia...tetapi semakin bodoh dia semakin dungu pula jadinya. Bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh nak tumpang. Keseimpulannya antara orang bodoh dengan orang cerdik itu sama saja kat Malaysia (Maluciah) ini.

Para pemimpin Umno pun sebenarnya tela bekerja keras dan mencuba pelbagai kaedah untuk mengekalkan sebarang kenaikan harga....namun segala macam method pencarian itu semuanya menemui jalan buntu,  dan keputusan yang terpaksa diambil ialah jalan terakhir untuk menyelesaikan kemelut ekonomi di negara. Muktamadnya kerajaan terpaksa menaikkan sebahagian harga barang dan perkhidmatan, atas nama perubahan harga barang sedunia dan penghapusan subsidi secara berperingkat.

Namun jika bercakap dengan orang yang pro-umno inilah kata-kata mereka bahawa: kami pun telah cuba sedaya upaya, apatah lagi dengan PRU-13 dah dekat...takkan kami tak buat kajian untuk menaikkan sesuatu harga barang bukanlah sesuatu keputusan yang boleh dbuat sambil lewa sahaja, ini kerana kesannya amat teruk dan boleh menyebabkan rakyat hilang sokongan kepada kami...tapi percayalah bahawa itu semua memang satu lumrah...lumrah dunia zaman moden ini.




0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code