Khamis, 23 Jun 2011

Muhyiddin: Kontraktor Melayu perlu ceburi bidang baru



Para kontraktor diseru agar menukar bidang masing-masing kerana projek di Malaysia ini sudah tiada, hanya untuk kaum kerabat terdekat saja ada...para pemilik lesen sama ada lesen kewangan, kelas F, kelas E, D, C, B, dan A tidak lagi dapat memperbaharui lesen mereka seandainya penama atau tuan punya lesen itu sudah mencapai usia 46 tahun. Undang-undang terbaru ini sebenarnya telah menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan kontraktor bumiputera yang baru menceburkan diri dalam bidang ini pada usia yang sudah lanjut, misalnya kontraktor yang baru meningkatkan kelas bagi lesen.


Saranan TPM agar kontraktor yang sedia ada berani menukar prospek dan bidang mereka jelas sebagai satu gambaran bahawa Malaysia kini tidak lagi mampu menyediakan projek bagi menampung jumlah kontraktor yang sedia ada. Permohonan untuk mendapatkan sebarang lesen baru telah lama dibekukan dan tidak lagi dikeluarkan. Kini lesen yang sedia ada juga haruslah dihadkan kepada usia yang hanya sampai 46 tahun sahaja. Sebenarnya usia ini bukan lah satu usia normal persaraan, apatah lagi sekiranya ada kontraktor yang sepanjang hidupnya tak pernah mendapat projek, meskipun sudah beberapa kali memperbaharui lesen mereka. Ini jelas satu ketidakadilan. Kontraktor yang mempunyai kelayakan tetapi tidak mempunyai 'kabel' tidak pernah dapat projek kerajaan, sebaliknya yang mempunyai 'kabel' bertali arus projek yang diperolehi sesetengahnya terpaksa disubkan pula kerana tidak cukup kakitangan untuk menguruskannya. Inilah kepincangan dalam pengurusan dan penngagihan projek oleh BN.


Misalnya projek-projek kelas D, membina bangunan prasekolah yang telah dijalankan baru-baru ini berdasarkan beberapa pakej berjaya dibida oleh penender-penender yang membida dengan harga yang agak tinggi dapat manakala yang rendah pula tidak dapat(bukan sampai rugi) maksudnya harga dalam bakul.

Kini projek tersebut dibuka lagi untuk ditender dan baru dua hari lepas berkoyan-koyan kontraktor yang menghantar borang di SK Persint 11, Putrajaya dari seluruh negara yang terlibat dengan projek di bawah NKRA ini, iaitu projek yang sama dibuat pada tahun lepas, dan kita dapat lihat kelak hanya orang yang mempunyai kabel dan orang yang pernah dapat pada tahun lepas akan sekali lagi dapat. Percayalah!

Tapi mungkin dengan menggunakan lesen yang lain pula. Pokoknya orang yang sama! Inilah aktiviti yang telah diamalkan sejak sekian lama dalam pentadbiran BN di Malaysia, manakala SPRM pula tidak pernah menghidu perkara seperti ini.


Begitu juga bagi pemegang lesen kewangan, dua hari lepas juga telah dibuka untuk menender projek membekalkan makanan 'halal' ke sekolah-sekolah berasrama. Begitu ramai yang datang untuk semata-mata mendapatkan hanya beberapa sekolah saja yang ditawarkan. Sudah tentu sekali lagi bukan harga yang dipertaruhkan, sebaliknya siapa kabel gagah dan hebat, maka dialah empunya projek tersebut, sedangkan orang yang mempunyai lesen kewangan yang tak pernah dapat sepanjang hidup nya tidak pula diambil kira. Inilah fenomena yang menjadi satu kemestian bagi BN.


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code